Latest News

Friday 16 January 2015

DATUK JUMAT MELANGGAR ADAB DAN ETIKA PARTI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MUSA AMAN sudah tidak relevan memegang jawatan ketua Menteri... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

DATUK Jumat Idris tidak mempergunakan saluran yang disediakan parti untuk menyuarakan apa-apa pandangan. 

Kenyataan-kenyataan Ketua Bahagian Umno Sepanggar merangkap MP Sepanggar itu hanya bersifat dakwaan dan tiada asas. Oleh sebab itu, beliau tidak dapat mengemukannya kepada parti.

Jumat mahu jadi jaguh kampung dengan mempertaruhkan sesuatu walaupun kampung tergadai.

Cadangan Jumat untuk menggantikan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah daripada Datuk Seri Musa Aman kepada Datuk Seri Shafie Apdal memang bukan berasas pertimbangan parti. Akan tetapi cadangan tersebut merupakan yang berunsur provokasi dan tidak boleh dijustifikasi.

Sebelum pemilihan Umno tahun 2013, ramai pemimpin Umno termasuk Persatuan Veteran Umno yang dianggotai para mantan wakil rakyat daripada Umno menyarankan dan mencadangkan agar semua Ketua Menteri/Menteri Besar jangan bertanding sebarang jawatan parti di peringkat pusat. Tujuan cadangan itu agar lebih ramai pemimpin menganggotai 'Majlis Tertinggi' parti.

Tidak timbul bahawa Musa tiada jawatan di Umno Pusat melalui pertandingan akan tetapi Musa adalah Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang dilantik.

AMT merupakan pentadbir parti. Setiap ahli MT daripada Presiden ke MT merupakan pembuat keputusan berkaitan parti dan Musa terlibat dengan sebarang keputusan parti di peringkat pusat.

Sebelum PRU-13, Presiden membuat keputusan bahawa Naib-Naib Presiden yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri dibatalkan. Sebaliknya, seseorang pemimpin di peringkat negeri perlu dilantik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook