Latest News

Friday 16 January 2015

DISEBALIK TINDAKAN DATUK JUMAT


APA yang menyebabkan Ketua Bahagian Umno Sepanggar merangkap MP Sepanggar Datuk Jumat Idris bermusuh dengan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Musa Aman?

Apakah Jumat mahu menjadi hero dikalangan penyokongnya dengan menjatuhkan sesama pemimpin, apatah lagi menganggotai parti yang sama iaitu Parti Umno.

Nampak sangat MP Sepanggar itu bangga dengan komen-komen penyokongnya di facebook yang memberi dorongan kepada beliau untuk terus membidas dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bersifat dakwaan yang tidak berfakta.

Malangnya, sejak menjadi MP beliau tidak pernah bersuara di Dewan Rakyat bagi membela pengundi yang beliau wakili. This one is the reality!

Beliau hanya berani di media sosial dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang rata-rata tidak masuk akal.

Sebenarnya dikalangan Umno, Jumat bukan apapun akan tetapi kenyataan-kenyataan beliau  boleh mengundang persepsi buruk kepada Umno khasnya dan BN amnya.

Pemimpin Umno/BN khususnya hanya khuatir, kalau-kalau kenyataan Jumat dijadikan oleh pihak pembangkang sebagai modal untuk melawan Umno dan Bn. 

Atas asas itu, maka tiga sayap Umno Sabah - Wanita, Pemuda dan Puteri Umno telah mengeluarkan kenyataan bersama agar pucuk pimpinan parti mengambil tindakan disiplin kerana tindakan-tindakan Jumat telah melanggar adab dan etika parti.

Dalam keadaan politik yang didepani Umno dan Bn adalah tidak wajar ada pemimpin yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan. Mencipta aib parti atau pemimpin dengan harapan ada orang percaya kerana ianya dikeluarkan oleh seseorang yang berjawatan dalam parti.

Tindakan Jumat mencipta pelbagai dakwaan kepada para pemimpin kerajaan, sebenarnya satu tindakan yang tidak wajar. Jika beliau tidak suka kepada pemimpin Umno Negeri, apakah tiada saluran yang boleh digunakan untuk menyampaikan hasrat beliau itu?

Ramai penyokong beliau dan beliau sendiri mengaku sangat rapat dengan Presiden Parti. Jika benar, mengapa beliau tidak menggunakan peluang itu untuk menyampaikan kemuskilan dan masalah beliau?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook