TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Walaupun Petroleum dan Gas... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
UNTUK makluman Doris Jones@Doris Yap, yang kini bersenang-lenang di UK, bahawa seluruh peringkat sekolah sehinggalah universiti di Sabah dikuasai oleh anak-anak tempatan. Murid-murid atau pelajar adalah anak-anak tempatan, kecuali bagi peringkat universiti khususnya ianya berlaku percampuran mahasiswa-mahasiswi bukan sahaja daripada negara ini akan tetapi pelajar antarabangsa dan seumpamanya.
Minyak dan gas adalah industri
berasaskan kapital intensif. Kos pengeluaran setong/barrel adalah 78 dolar,
harga minyak kini berkisar di antara 48 dolar setong. Adalah diminta atau
dicadangkan kepada Doris dan kawan-kawannya termasuk orang asing yang
mengupahnya, melabur bagi tujuan carigali minyak di Sabah.
Operasi
minyak di Sabah dan Sarawak serta di Semenanjung yang dijalankan
oleh Petronas adalah operasi 'joint venture' (JV) dengan syarikat-syarikat gergasi
antarabangsa dan rata-ratanya berasaskan kepada konsep bagi untung (profit
sharing). Ini kerana, Petronas tidak akan mampu melakukannya dengan
sendiri kerana modal yang diperlukan adalah terlalu besar.
Operasi
carigali minyak adalah operasi terbuka. Petronas hanya menyediakan
lokasi carigali, manakala syarikat besar adalah penyedia modal. Cara pengaturan kepada satu syarikat seperti Petronas adalah untuk
memudahkan operasi. jika iapun Sabah bertindak sebagai badan pencarigali
minyak, kaedah yang sama juga akan digunakan.
Kini, Sabah memasuki operasi carigali minyak melalui M3Energy Sdn Bhd, iaitu satu percubaan sulung dalam operasi carigali minyak dan gas.
0 comments:
Post a Comment