Latest News

Saturday 10 January 2015

Dr. Jeffrey Nafi Keputusan Majoriti Rakyat Sabah dan Sarawak


DR Jeffrey tidak henti-henti mempertikaikan penyertaan Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia bersama Malaya. Sedangkan selama 51 tahun majoriti rakyat Sabah dan Sarawak menerima keputusan itu yang diterjemahkan  melalui sokongan  terhadap parti-parti yang menyokong tindakan itu pada tahun 1963 yang lalu.

Pada PRU-13 lalu, Jeffrey dengan manifestonya mengembalikan hak-hak Sabah termasuk mengkaji semula Perkara 20, syarat Sabah menyertai Malaya membentuk Negara dan ternyata hampir 100 peratus ditolak oleh rakyat Sabah. Kemenangan beliau di DUN Bingkor bukan kemenangan popular melainkan kemenangan kerana faktor teknikal.

Seharusnya, Jeffrey menerima keputusan majoriti  rakyat Sabah dan Sarawak yang menolak perjuangannya dan berhenti bercakap seperti 'burung murai'.

Kerap kali Pengerusi STAR Sabah meminta agar  Perjanjian Malaysia 1963 dikaji semula.

Rakyat Sabah dan Sarawak menyokong kehadiran negara dengan manifestasi yang ditunjukkan melalui jumlah kerusi yang diberikan kepada parti Barisan Nasional. Sila baca seterusnya... 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook