Latest News

Tuesday 6 January 2015

Dr Jeffrey Pemimpin Yang Senantiasa Keliru


DUA pendekatan yang dilakukan oleh Dr. Jeffrey dalam satu-satu masa ialah, di pihak lain beliau berperanan sebagai bukan ahli politik namun dalam masa yang sama bersuara sebagai seorang ahli politik.

Lakonan semata-mata beliau menyebabkan orang ramai melihat segala tindakan atau kenyatan-kenyataannya yang dilakukan oleh beliau itu  'seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus'.

Kenyatan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau berhubungan dengan Laporan RCI Pati Sabah bukan sahaja mengelirukan. Malah, 'sukar dicari pokok pangkalnya'. Hal ini kerana di lain pihak beliau bersuara berhubung dengan cara penyelesaian masalah PATI, tapi dilain pihak pula bersuara dan mengatakan bahawa masalah tersebut tidak ada penyelesaian selagi ada campur tangan daripada pihak politik.

Dr. Jeffrey keliru kerana gagal untuk memahami bahawa pemerintahan yang berasaskan demokrasi, sistem parti menguasai pemerintahan. Polisi politik diterjemahkan oleh kerajaan dalam sebuah pemerintahan.

Setiap rakyat negara ini perlu faham bahawa parti menguasai kerajaan, kerana partilah yang membentuk sesebuah kerajaan itu dan bukan disebaliknya.

Penyelesaian masalah PATI Sabah perlu membuat pendekatan politik dan bukannya pendekatan pentadbiraan. Hal ini kerana, masalah tersebut amat rumit kerana ianya bukan sahaja melibatkan hal yang berkaitan dalaman pemerintahan juga berkaitan dengan negara-negara asing.

Hanya melalui sistem politik sahaja, masalah rumit seperti PATI dapat diselesaikan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook