Latest News

Monday 19 January 2015

FAKTA SEBENAR PERKARA 20

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 18/20 Point cadangan bukan Perjanjian Oleh Blog Jangan Buyuk Sabah.. Bahh!!! (screenshot)

PERKARA 20 merupakan satu memorendum daripada Rakyat Sabah untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia, sebelum Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada tarikh 16 September 1963.
Perkara 20 bukannya satu perjanjian, akan tetapi satu luahan hati daripada pelbagai etnik negeri Sabah. 
Perkara 20 itu sehingga kini terpelihara; oleh kerana itu Sabah mempunyai hak mutlak berkaitan imigresen, tanah, cukai yang dikutip di negeri, adat istiadat, agama (Kerana itulah penggunaan "kalimah Allah" dilarang di Semenanjung Malaysia, akan tetapi dibenarkan di Sabah).
Hak Sabah senantiasa terpelihara apabila semua Ketua Kerajaan di Sabah termasuk kerajaan yang diterajui oleh rakyat Sabah. Malah sehingga masa kini, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan yang beroperasi di Sabah, diketuai oleh rakyat Sabah.
Sebenarnya, semua perkara dalam perkara 20 itu amat dititikberatkan oleh semua pihak yang terlibat dalam negara; oleh kerana itu pemimpin-pemimpin utama negeri tiada yang mempersoalkan mengenainya. Mereka yang mempersoalkan itu, adalah mereka yang tidak peka, tidak arif, malah sekerat jalan menganalisis berkaitan perkara 20.
Sesiapapun boleh "google" berkaitan perkara 20, malah ramai pemimpin menulis mengenainya termasuklah Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.
Menurut Pandikar yang juga seorang peguam, tiada butiran pun yang dilanggar, atau diingkari; cuma katanya, ada perkara-perkara yang lambat kelihatan hasilnya, misalnya soal-soal rakyat Sabah yang menjadi duta negara. Kini, perkara tersebut sudah berlalu kerana ramai rakyat Sabah telah dilantik sebagai duta negara ke negara asing.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook