Latest News

Thursday 22 January 2015

FB HAJI JULAIHI HAJI SUUT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dari Meja Pertanyaan Haji Julaihi Haji Suut... Oleh Haji Julaihi Haji Suut (screenshot1) (screenshot2)

SIAPAKAH GERANGAN ORANG INI?? Penulisannya berkaitan Perjanjian Malaysia 1963, digarap sedemikian rupa sehingga kita tidak tersedar jatuh hati dan percaya bulat-bulat.

Pemilik facebook itu, merungkai satu isu demi isu menyelitkan tujuannya agar supaya pembaca membuat keputusan untuk yakin dan percaya pada tulisannya.

Isu yang di bawah adalah seperti pengertian negara, persekutuan Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Penulis dengan teliti cuba membawa pembaca bahawa Persekutuan Malaysia itu berbeza dengan Negara Malaysia. Cuba membawa semua pembaca menyakini bahawa Sabah dan Sarawak itu sebuah negara dan bukannya sebuah negeri.

Antara lain ayat-ayatnya yang berbunyi, Persekutuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya mengiktiraf negara dan dalam negara tidak mungkin ada negara-negara. Penulis dengan bijak menuduh bahawa sesiapa yang percaya itu, maka telah diperbodohkan sebab katanya, Malaysia adalah Persekutuan Malaysia, iaitu Persekutuan dibentuk melalui negara-negara. Dengan hujah itu, penulis membawa pembaca percaya bahawa Sabah dan Sarawak adalah negara sebelum menyertai Persekutuan Malaysia.  Kemudian penulis juga membawa kepada tempoh waktu 13 tahun lalu adalah menurutnya, hanya selepas 1976 sahaja Sabah dan Sarawak dipanggil negeri, kemudian dia bertanya, sebelum itu dipanggil apa? dia jawab sendiri negara!!! Betul, bukan?

Bagi mereka yang tidak tahu duduk perkara sebenar sudah tentu terpengaruh dengan tulisan pemilik facebook itu. Sedangkan kedudukan sebenar adalah Sabah dan Sarawak sebelum bergabung dengan Malaya dan Singapura dimerdekakan oleh penjajah dengan istilah INTERNAL SELF-GOVERNMENT, di mana kemerdekaan itu bersyarat. 

Apa Syaratnya? 

Iaitu wajib bergabung dengan Malaya, Singapura dan Sarawak bagi membentuk Persekutuan Malaysia. Itulah hakikat sebenarnya apa yang berlaku pada tarikh 22 Julai 1963 bagi Sarawak dan tarikh 31 ogos 1963 bagi Sabah. Persekutuan Malaysia dibentuk pada tarikh 16 September 1963. 

Sangat jelas?

Pendek ceritanya, itulah peristiwa bersejarah bagi tanah tumpah kita bagaimana Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya dan Singapura membentuk Persekutuan Malaysia yang dikitiraf  oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Penulis juga menampil peta untuk membawa persepsi bahawa bagi Malaya, memandang remeh terhadap Sabah dan Sarawak (Peta yang membandingkan Peta Malaya lebih besar berbanding peta Sabah dan Sarawak), kemudian peta yang satu membawa maksud bahawa pentingnya Sabah dan Sarawak dalam mempertahankan Persekutuan Malaysia. Peta kedua ini memang berlaku pada masa ini, bahawa Sabah dan Sarawak memang telah berkahwin kekal dengan Semenanjung Malaya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook