Latest News

Saturday 10 January 2015

Fitrah Manusia


FITRAH manusia selain ditentukan oleh Yang Maha Esa; juga boleh dipengaruhi oleh keinginan, desakan hidup, selain faktor sekeliling.

Penulis telah lama mengikuti perkembangan pencapaian pelajar di negara ini terutama peperiksaan peringkat sekolah rendah dan menengah.

Anak-anak mereka yang berkemampuan misalnya, kalau dilihat daripada segi pencapaian peperiksaaan, jarang sekali menghiasi halaman surat khabar sama ada peringkat UPSR, PMR, SPM mahupun STPM. Demikian juga pada majlis pelajar cemerlang, sama ada di peringkat negeri mahupun daerah sebaliknya majoriti anak-anak yang mencapai keputusan yang baik dan memperolehi hadiah yang diberikan adalah keluarga yang bukan tergolong daripada 'keluarga yang berada'.

Telah menjadi lumrah hidup apabila keluarga yang berlatarbelakangkan yang kurang bernasib baik, maka doa dan nasihatlah menjadi harapan kepada anak-anak agar menjadi manusia yang cemerlang dan terbilang; doa dan nasihat itu diulang-ulang dan berharapan besar dikala waktu bersarapan pagi dengan menikmati makanan berbaki semalam sebelum ke sekolah.

Terima kasih mereka yang kurang bernasib baik ini adalah perlu diberikan khusus kepada Kementerian Pelajaran kerana daripada peringkat sekolah rendah sehingga menengah telah disediakan pelbagai kemudahan antaranya buku teks secara percuma.

Penyediaan buku teks ini, sekurang-kurangnya telah mengembangkan 'padang permainan' untuk semua secara langsung. Namun untuk mencapai keputusan yang cemerlang, para pelajar memerlukan bahan bacaan tambahan, selain buku-buku teks yang disediakan.

Sebenarnya, ibu bapa yang peka terhadap pendidikan anak-anak sangat menyedari keperluan ini. Oleh sebab itu, sebaik sahaja sekolah dibuka yang suka disebut sebagai 'KEMBALI KE SEKOLAH', ibu bapa akan mendapat senarai buku-buku tambahan yang perlu dimilki oleh pelajar. 

Tujuan senarai tambahan ini adalah untuk memudahkan pelajar menelaah buku teks selain mendedahkan mereka kepada cara berfikir secara kritis. Sebabnya, hanya pelajar sahaja yang mempunyai keupayaan demikian yang mampu mencapai dan memperolehi keputusan yang sangat cemerlang seperti apa yang disebut sebagai “Straight A’s”.

Namun, kekekangan kepada ibu bapa adalah faktor kewangan dan bajer kerana taraf sara hidup adalah semakin hari semakin meningkat, sehinggakan bajet untuk keperluan proses pembelajaraan anak-anak turut terguna demi mengalas perut keluarga.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook