Latest News

Saturday 3 January 2015

GST 2015 Jana RM23 bilion


PELAKSANAAN Goods Services and Tax (GST) yang berkuatkuasa 1 April 2015 akan menjana RM23 bilion pendapatan kepada negara.

Service Sales and Tax (SST) yang ditukar kepada GST hanya boleh menjana RM13bilion.

Pelaksanaan GST akan membolehkan negara mendapat pendapatan tambahan RM10 bilion. 

"Jangan salah faham", tambahan pendapatan itu bukan kerana ingin menaikkan kadar cukai. Akan tetapi, disebabkan faktor banyaknya syarikat membayar cukai. 

Melalui GST hanya 6 peratus sahaja berbanding SST 15 peratus, malah SST percukaian berganda berlaku. 

Lebih 100 buah negara di dunia ini sudah melaksanakan GST, termasuk negara-negara Asean sendiri.  Malaysia hanya membuat keputusan selepas Perdana Menteri ke-6 Dato Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Tujuan sistem percukaian baru ini adalah agar supaya kerajaan mendapat sumber pendapatan yang berbagai untuk digunakan bagi membangunkan negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook