Latest News

Friday 9 January 2015

GURU-GURU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Enough is enough!!! Sabahan Must Wake Up!... Oleh FB Chong Jane (screenshot)

TENAGA pengajar yang berasal dari negeri-negeri lain atau luar negara bukan mencerminkan sesebuah negeri kehilangan kuasa.
Di seluruh negara berlaku pelantikan tenaga pengajar daripada negara asing  bagi mengajar bahasa Inggeris. Kedatangan mereka bukan bermakna negara tersebut hilang kuasa.
Pendidikan negeri mempunyai strategi untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.
Pelantikan guru-guru bukan melihat dari negeri asal akan tetapi bidang perguruan itu sendiri. 
Tenaga pengajar dari luar diperlukan untuk mengajar mata pelajaran tertentu, di mana tenaga pengajar seperti itu tidak terdapat di kalangan tenaga pengajar tempatan.
Komen penulis Facebook tersebut adalah komen daripada seseorang yang bukan daripada bidang pendidikan sehingga dia langsung tidak melihat keperluan pendidikan itu sendiri.
Hakikat yang perlu diketahui oleh pemilik facebook itu, pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan, bukan bidang kuasa negeri. Malah, semasa mencapai kemerdekaan, telah dipersetujui bahawa bidang pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan atau negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook