Latest News

Tuesday 13 January 2015

HAK SABAH DAN SARAWAK BERPISAH DENGAN MALAYA DIBONGKAR!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Laporan Cobbold menyimpulkan bahawa Larangan untuk perpisahan... Oleh FB Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia – SSKM (screenshot)
(ii) Maaf, gambar sebelum ini tidak jelas... Oleh FB Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia – SSKM (screenshot)

HAK berpisah bagi Sabah dan Sarawak dengan Malaya dari awal-awal  lagi ditolak oleh INTERNAL SELF-GOVERNMENT (IGC) kerana asas kepada british memerdekakan dua negeri itu adalah melalu INTERNAL SELF-GOVERNMENT. British memang telah menggariskan melalui perundingan sebelum laporan penuh IGC adalah kemerdekan hanya diberikan jika dua negeri itu menyertai Pembentukan Persekutuan Malaysia.

Pihak-pihak yang tiada kerja ini hanya menyelongkar bahan-bahan lama membuat keratan sana sini, tampal sana sini hanya bertujuan untuk membuat kekeliruan kepada pembaca. Apa yang menyedihkan, mereka mentafsir dokumen lama pada keadaan hari ini di mana situasi keadaan yang sangat berbeza. Lagipun, para pelaku sejarah itu tidak mampu lagi bercakap kerana sudah tiada dalam dunia ini.

Banyak pakar undang-undang berpendapat di mana pendapat mereka itu dikemukakan dengan apakah melalui dialog atau seminar undang-undang bagi menyimpulkan bahawa perkahwinan antara Sabah, Sarawak dan Malaya membentuk Persekutuan Malaysia adalah perkahwinan kekal dan tidak boleh dibubarkan. Tiada mana-mana wilayah Persekutuan Malaysia boleh berpisah atau dengan kata lain menuntut kemerdekaan sendiri.

Adalah tindakan sia-sia pihak-pihak tertentu, bertindak kononnya Sabah dan Sarawak boleh berpisah dengan Malaya sehingga Persekutuan Malaysia hancur lebur!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook