Latest News

Monday 26 January 2015

Hakikat SABAH DAN SARAWAK TIADA Hak Berpisah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) AG : No secession but people can decide Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)

ASAS kepada pembentukan Persekutuan Malaysia adalah Perjanjian Malaysia pada tahun 1963. Semasa pembentukan negara, penjajah telah memberi maklum bahawa persetujuan kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak adalah wajib menyertai Malaya dan Singapura.

Oleh yang demikian, kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak dikenali sebagai INTERNAL SELF-GOVERNMENT. Sarawak diberi kemerdekaan pada 22 Julai 1963 manakala Sabah pada 31 Ogos 1963, Pembentukan Persekutuan Malaysia pada tarikh 16 September 1963.

Perkahwinan antara Sabah, Sarawak dan Malaya adalah kekal. 

Kenyataan Peguam Negara semasa perjumpaan dengan para peguam hanyalah melihat dari segi kebebasan perundangan dengan menekankan bahawa sebarang isu perpisahan, hendaklah dipersetujui oleh semua pihak khususnya seluruh rakyat. Pengertian rakyat adalah seluruh rakyat di negara ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook