Latest News

Thursday 8 January 2015

HANYA PRESEPSI PENULIS DOKUMEN ITU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Puak Malaya dan rakyat yang sudah banyak karat doktrin... Oleh FB Datuk Seri Chazy Chaz (screenshot)

PEMBENTUKAN MALAYSIA adalah kerana dua faktor utama iaitu pertama, menghalang perkembangan komunis di Malaya dan Sarawak. Kedua, British tidak akan memerdekakan Sabah dan Sarawak jika bukan melalui pembentukan satu negara baru.

Selain itu, kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 mendorong pengasas kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak untuk merdeka.

Para pengasas kemerdekaan Sabah dan Sarawak menyambut baik gagasan Perdana Menteri Malaya Tunku Abdul Rahman Al-Haj pada tahun 1961 yang diucapkan melalui pertemuan dengan para wartawan di Singapura.

Oleh kerana pengasas kemerdekaan Sabah dan Sarawak ingin menyertai negara baru, maka satu suruhanjaya telah ditubuhkan bagi mencari maklum keinginan rakyat Sabah dan Sarawak, apakah mahu menyertai negara baru atau merdeka sendiri?

Ternyata daripada maklum balas daripada rakyat majoriti adalah mahu menyertai negara baru kerana itu negara baru diwujudkan pada 16 September 1963 yang bernama Persekutuan Malaysia.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook