Latest News

Wednesday 14 January 2015

Harga Minyak Turun, Harga Barang Tidak... Patut Rakyat Cari Rafizi Ramli


PKR mengatakan bahawa pada hari ini, rakyat tidak boleh menyalahkan peniaga Cina yang tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah turun hampir 50%.
  
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya mempunyai kuasa dalam isu harga barang atas dasar "pengaruh besar" dalam pasaran peruncitan dan perkhidmatan negara.

"PKR berpendapat bahawa tindakan Putrajaya yang melepaskan tanggungjawab dengan menyalahkan peniaga dan yang lebih teruk lagi membiarkan sahaja aktivis Umno menyebarkan cerita yang kononnya harga barang tidak diturunkan kerana ketamakan golongan orang Cina," kata ahli Parlimen Pandan itu pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada hari ini.

Rafizi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan di Twitter awal bulan ini, yang menyatakan bahawa peniaga perlu menurunkan harga barang selepas kerajaan mengurangkan harga petrol dan diesel.

Seharusnya, rakyat mencari Rafizi Ramli meminta agar bertanggungjawab kerana sebelum ini menuduh yang kononnya punca barang naik disebabkan harga minyak naik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook