Latest News

Wednesday 28 January 2015

HASIL TOLAK KOS = UNTUNG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bila Sabah Sarawak berpisah dengan Malaya... Oleh FB Naspazi Channel (screenshot)

HASIL boleh juga diertikan sebagai TURNOVER atau mungkin juga diertikan sebagai JUALAN. Sesuatu produk tidak akan jadi produk sekiranya tidak diolah atau diproses.

ANTI FITNAH SABAH tidak pasti dari mana angka-angka yang dipetik itu, atas sebab tiada sebarang dokumen yang menunjukkan dokumen yang mempunyai angka-angka demikian kecuali pada infografik yang disertakan.

Mungkin benar, angka-angka itu! Jika benar, maka untuk mendapatkan hasil itu, sudah tentu kospun tinggi. Kalau benarlah angka Dr. Jeffrey, di mana hasil Sabah RM68 bilion, ini bererti kos untuk mengeluarkan hasil itu hampir RM33 bilion. Namun, Sabah tidak pernah mempunyai wang sebanyak RM33 bilion.

Contoh mudah operasi minyak misalnya, kos untuk mengeluarkan setong setara minyak adalah 78 dolar dan jika diambil kira harga minyak sekarang, sudah tentu kos operasi sangat merugikan.

Bajet Sabah paling tinggi RM4.6 bilion dan jika diambil kira bajet itu, maka Sabah memerlukan 7 tahun untuk mengumpul dana, tanpa berbelanja. Jika dana itu berasas pinjaman, ertinya, jumlah yang terlibat bukan lagi RM33bilion tetapi lebih tinggi daripada itu.

Apa yang jelas melalui operasi minyak di Sabah, kerajaan Sabah dibayar purata RM1 bilion setahun, angka yang sama juga dibayar kepada kerajaan pusat/persekutuan dan angka yang sama juga disimpan oleh Petronas untuk tujuan pelaburan. 

Angka RM3 bilion mewakili 15 peratus  daripada operasi carigali minyak yang disebut sebagai keuntungan. Daripada angka 15 peratus, jika ditukar kepada turnover atau hasil maka menjadi RM20 bilion. Ini bererti setiap tahun Petronas mampu mendapat hasil sebanyak itu dan kos mendapatkannya pula RM17 bilion. Correct?

Angka yang dikemukan dalam 'caption' di facebook, hanya perkiraan/purata/anggaran di atas meja.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook