Latest News

Saturday 3 January 2015

Impak Laporan RCI Pati Pada Parti Politik Sabah


PENGUMUMAN Laporan RCI Pati Sabah pada 3 Disember 2014, menghidupkan suasana politik Sabah.

Baik parti politik yang bergabung dalam Barisan Nasional, juga mana-mana parti pembangkang dan Ngo yang anti Kerajaan Persekutuan menjadikan Laporan itu sebagai asas menuding jari antara satu sama lain berkaitan  kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin ke Sabah yang sudah berdekad lamanya.

Sebelum pengumuman laporan itu, berbagai pihak terutama pembangkang mendesak agar kerajaan mempercepatkan pengumumannya kerana terlambat sembilan bulan selepas laporan itu diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Pembangkang mahukan agar laporan itu dibentangkan di Dewan Rakyat agar boleh dibahas oleh wakil-wakil rakyat. Namun, Kerajaan mengambil Keputusan bahawa Laporan itu khusus untuk Sabah. Atas sebab itu, pengumumannya dilakukan di Kota Kinabalu oleh Ketua Setiausaha Negara- Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Berasaskan kepada cadangan Laporan itu, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Tetap yang dipengerusikan bersama Ketua Menteri Sabah dan Menteri Dalam Negeri. Kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan Oleh Tan Sri Pairin kitingan-Presiden Parti Bersatu Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Sebelum beroperasinya dua Jawatankuasa itu, Kerajaan negeri sudah membuat keputusan drastik melalui tindakan memburu dan menghantar pulang PATI yang tertangkap.

Kerajaan Sabah telah memulakan operasi itu di Sandakan dan disusuli di Lahad Datu. Operasi memburu dan menangkap PATI akan terus berjalan, sehingga Sabah sifar Pati.

Ironinya, walaupun Kerajaan negeri Sabah bertindak proaktif dengan mengambil kira Laporan RCI, masih ada pihak-pihak tertentu, yang tidak menghargai tindakan itu. Malah mereka, bertali arus membuat berbagai dakwaan termasuk membuat laporan polis.

Rupanya, Laporan RCI itu dijadikan sandaran untuk menghidupkan kehadiran parti politik masing-masing, kerana tanpa mensensasikan Laporan itu, keadaan parti politik pembangkang sudah diambang kemalapan.

Parti-parti pembangkang, sudah tidak mempunyai isu lagi untuk dijual kepada rakyat, bagi menarik sokongan. Dalam soal pembangunan, mereka tidak terdaya berdepan dengan rancaknya pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan negeri dibawah pucuk Pimpinan Datuk Musa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook