Latest News

Friday 9 January 2015

Islam Sebagai Agama Rasmi Negeri Sabah


Tarikh 23 September 1973 menjadi detik penting dalam perkembangan Islam di Sabah apabila Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan pindaan terhadap Perlembagaan Negeri Sabah dengan menetapkan Islam sebagai 'agama rasmi Sabah'.

Perkara 5(A) Perlembagaan berkenaan menetapkan bahawa Islam menjadi agama rasmi negeri manakala agama-agama lain boleh dianuti dan diamalkan dengan aman dan harmoni di negeri ini. 

Peruntukan yang baru ini adalah sejajar dengan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan berserta jaminan kebebasan beragama di kalangan rakyatnya.

Dari aspek lain, pindaan terhadap Perlembagaan Negeri ini sekaligus mengubah kedudukan asal Islam di Sabah yang sebelumnya tidak diberi tempat dalam perlembagaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 20.

Sesungguhnya kedudukan istimewa Islam sebagai agama rasmi negeri telah memberi sumbangan dari segi semangat dan usaha berterusan kepada kerajaan untuk memantapkan undang-undang dan pentadbiran keadilan syariah di Sabah untuk tahun-tahun seterusnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook