Latest News

Monday 19 January 2015

ISU LAPUK!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) YB Darrell ahli Parlimen Penampang telah... Oleh Fb Page DEMI SABAH – Kelab Penyokong Darell Leiking (screenshot)

LAPORAN RCI PATI Sabah telahpun diumumkan pada 3 Disember 2014. Cadangan-cadangan MP Penampang itu telahpun dilaksanakan dan beberapa 'check point' telahpun ditubuhkan.

Diskriminasi kaum memang tersalah pandang dalam borang-borang yang disediakan oleh jabatan-jabatan persekutuan. Namun, dalam Perlembangaan Malaysia semua kaum-kaum lain yang termasuk dalam kumpulan bumiputera dikenali sebagai Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Disebabkan ada desakan agar bumiputera itu diperinci, maka kategori itu ditulis berasaskan kaum, contohnya bumiputera Iban, Bidayu, Kadazan, Bajau, Brunei, Iranun, Murut dan seterusnya.

Berhubungan dengan kalimah Allah, sudah jelas bahawa penggunaan kalimah itu tiada larangan bagi Sabah dan Sarawak.

Berkaitan dengan kehadiran anak-anak bukan warganegara ke sekolah-sekolah, ianya berlaku setakat sekolah rendah sahaja kerana Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mempunyai obligasi yang tidak boleh ditolak bahawa memberi pendidikan sekadar tahu membaca dan menulis wajib diberikan kepada setiap pelajar/insan.

Kebanjiran pesakit bukan warganegara di hospital-hospital kerajaan kerana mereka lebih mudah kepada bermacam-macam penyakit kerana faktor kawasan tempat tinggal yang kurang bersih. Memang perkara ini, sudah menjadi perhatian kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia. Warga asing yang mendapat rawatan bukannya percuma akan tetapi dikenakan bayaran dan atas sebab itulah ratusan juta bil tertunggak disebabkan oleh warga asing.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook