Latest News

Monday 19 January 2015

JALAN KE HUTAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PENIPUAN KERAJAAN PUSAT TERHADAP SABAH Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

UNTUK tujuan provokasi, memang benar gambar jalan yang ditunjukkan. Namun, dirasakan bahawa pemilik facebook itu tidak adil dalam tindakan provokasinya, hal ini kerana tidak ada yang menunjukkan jalan-jalan yang baik dan standard jalan raya. Akan tetapi, hanya lebih menunjukkan jalan ke hutan, di mana tempat itu, tidak terdapat apa-apa kegiatan perekonomian. Namun yang demikian, terdapat juga ada beberapa penduduk yang lebih suka tinggal di kawasan perkampungan.

Jalan serupa tersebut bukan sahaja terdapat di Sabah, malah terdapat juga di kawasan-kawasan hutan seluruh Malaysia. Jalan seumpama ini biasanya adalah jalan yang dibuat oleh pengusaha balak.

Kerajaan memang amat menitikberatkan infrastrukur seperti jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk dan terdapat kegiatan perekonomian.

Tidak menyediakan lebuhraya menuju ke hutan bukanlah suatu unsur penipuan, melainkan kerajaan mentitik berat kepada penggunaan kewangan negara yang juga wang rakyat, agar bernilai tinggi dengan konsep "value for money".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook