Latest News

Thursday 8 January 2015

JAWATANKUASA RCI PATI SABAH SEDIA TERIMA CADANGAN PEMBANGKANG


PENGERUSI Jawatankuasa Pasca RCI PATI Sabah Tan Sri Pairin Kitingan berkata, jawatankuasa itu bersedia menerima sebarang pandangan atau cadangan daripada pemimpin pembangkang. 

Dalam satu mesyuarat tidak rasmi di dalam jawatankuasa pengurusan pasca Laporan RCI (PATI) Sabah itu, Pairin  menegaskan pelan tindakan penyelesaian PATI akan disiapkan dalam tempoh setahun.

Pada masa sekarang, jawatankuasa yang telah ditubuhkan sedang bergerak pantas sesuai dengan terma penubuhan jawatankuasa itu.

Laporan RCI (PATI) Sabah telah diumumkan pada 3 Disember tahun lalu.

Ekoran laporan itu, kerajaan negeri telah membuat keputusan drastik iaitu memburu dan menghantar pulang PATI yang terdapat di Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook