Latest News

Tuesday 6 January 2015

Jimmy Wong Menghina Tan Sri Pairin


SIAPA Jimmy Wong yang memandai mengatur Tan Sri Pairin? Kenyataan MP DAP itu yang mengatakan bahawa jawatan Pengerusi Bertindak RCI PATI Sabah adalah jawatan kelas tiga adalah satu penghinaan.

Jimmy mengkategorikan bahawa hanya penyertaan Perdana Menteri pada satu-satu jawatan adalah kelas pertama manakala yang disertai Ketua Menteri adalah kelas kedua.

Wakil rakyat DAP itu, sama sekali tidak mengetahui spesifikasi tugas sesebuah jawatankuasa. Spesifikasi tugas tidak mempunyai pengelasan. Sebagai contoh, tugas menjaga keamanan negara adalah diberikan kepada Ketua Angkatan Bersenjata Malaysia walaupun pemegang jawatan itu dilantik oleh Seri Paduka Baginda Agong (SPBA). Demikian juga Ketua Hakim Negara adalah pengkuatkuasa badan kehakiman negara walaupun dilantik oleh SPBA.

Inilah masalahnya seseorang wakil rakyat yang dipilih tidak mempunyai latar belakang pendidikan sehingga kenyataannya mengelirukan. 

Rakyat kena celik terhadap kenyataan para pemimpin pembangkang terutama Jimmy Wong kerana kenyataan-kenyataan mereka hanya menghalalkan cara dan bukan berpijak pada lumrah atau tatacara pentadbiran mahupun pemerintahan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook