Latest News

Tuesday 13 January 2015

Jumat Idris Bagaikan Kerbau Patah Tanduk


TAHUN 2015 bukan permulaan yang baik bagi Umno Sabah. Selain parti digunakan sebagai "punching bag" parti lawan berkaitan PATI, juga berlaku masalah dalaman yang dicipta oleh beberapa Ketua Bahagian bermula akhir tahun lalu.

Di laman sosial, isu yang mengaitkan Umno dengan kebanjiran PATI masih belum reda, meskipun penjelasan demi penjelasan telah dilakukan oleh pemimpin Umno.

Kerajaan yang ditunjangi Umno bertindak drastik berkaitan PATI melalui dua tindakan Memburu dan Menghantar pulang PATI.

Umno Sabah terancam melalui dalaman dan luaran. Nampak seperti ianya ancaman yang kecil, akan tetapi jika tidak dicegah ianya akan berleluasa sehingga sukar untuk dibendung.

Tindakan Ketua bahagian Umno Sepanggar yang juga MP Sepanggar Datuk Jumat Idris, yang menampakkan diri tidak menyukai Ketua Menteri yang juga Pengerusi Umno Sabah boleh mengundang masalah lain. Hal ini kerana, tindakan itu boleh ditokok tambahkan oleh pihak musuh dengan berbagai rempah ratus.

Dua hari lalu, MP Sepanggar itu menulis di Wall Facebook beliau bahawa dia telah mencadangkan agar Pengerusi Umno Sabah ditukar kepada Datuk Seri Shafie Apdal. Meskipun tidak menyatakan nama Musa. Akan tetapi, umum mengetahui bahawa pengerusi Umno Sabah adalah Datuk Musa.

Jumat seperti 'kerbau patah tanduk', mengamuk tidak tentu arah lagi. Berikutan 'posting' itu, beliau menyusulkan satu 'posting' yang bersifat provokasi dan dakwaan serius apabila menulis bahawa Para Menteri serakah. kerana, turut merampas makanan rakyat, menyapu bersih semua projek daripada projek yang besar hinggalah projek yang terkecil.

Pucuk pimpinan kena buat sesuatu. Tindakan Jumat sangat rakus berbanding tindakan Datuk Lajim Ukin sebelum ADUN Klias itu meninggalkan Umno.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook