Latest News

Wednesday 7 January 2015

KAD PENGENALAN PALSU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 'Kerajaan Persekutuan perlu tarik balik IC... Oleh FB Jaymie Jaimye (screenshot)
(ii) Kerajaan Persekutuan perlu tarik balik IC... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SEJAK merdeka lagi kerajaan telah beberapa kali menukar kad pengenalan. Proses pemantapan kad pengenalan terus berjalan.

Bermula tahun 1991, kerajaan telah memperkenalkan kad pengenalan 'Bunga Raya'. Kemudian itu ditukar kepada kad pengenalan biru yang ber'cip'. Kini, kad pengenalan itu ditukar lagi kepada 'double picture'. Tujuan penambahan baik ini, semata-mata untuk mengenal pasti mana-mana kad pengenalan yang palsu!

Cadangan Dr. Jeffrey agar menarik semua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah, sebenarnya sudahpun bermula selepas memperkenalkan kad pengenalan bunga raya. Namun, ada juga sindiket memalsukan kad pengenalan itu. Kemudian sekali lagi kerajaan menukar kepada kad pengenalan bermutu tinggi yang dipanggil MyKad. Namun ada juga yang masih memalsukan kad seumpama itu.

Oleh kerana melalui MyKad data pemilik telah dimasukkan ke dalam chip, walaupun MyKad nampak tulin, namun mudah mengenal pasti apa kah kad itu tulin atau tidak apabila dirujuk ke Jabatan Pendaftaran.

Bukan sedikit mereka yang ditangkap kerana memiliki MyKad palsu.

Kita tunggulah jika semua pemilik MyKad sekarang menukar kepada MyKad dengan double image picture selesai.  Kerana melalui kaedah itu, dengan sendirinya sesiapa yang memiliki MyKad palsu akan terbongkar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook