Latest News

Friday 2 January 2015

KAD PENGENALAN SABAH???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dexter Chin : SABAH IC dapat menyelesaikan 'Project IC'… Oleh FB Page The Future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)

NAMPAK sangat keinginan pihak-pihak tertentu untuk berpisah dengan Malaysia apabila mencipta kad pengenalan berasingan dengan negeri-negeri lain.

Dalam isu kad pengenalan yang dicurigai, selepas sahaja Laporan RCI diumumkan pada 3 Disember tahun lalu, Pengarah dari Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah dan Jabatan Imigresen Negeri Sabah telah membuat kenyataan bahawa semua kad pengenalan yang dicurigai berpunca daripada "Projek IC" yang sebenarnya tidak terdapat dalam rekod jabatan. Oleh sebab itulah, semua kad pengenalan itu dikategorikan sebagai kad pengenalan palsu.

Jabatan Pendaftaran sangat bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihanraya kerana ada kes-kes tertentu, pemilik kad pengenalan palsu berjaya mendaftar sebagai 'Pengundi'. Hal ini berikutan sebelum ini tiada sinkronisasi antara jabatan itu dengan SPR. Namun kini, bagi pendaftaran pengundi baru telah diwujudkan "online checking" antara SPR dan JPN agar sentiasa memastikan tiada wujud pemegang kad pengenalan palsu dapat mendaftar sebagai pengundi.

JPN dan SPR bekerjasama setiap masa dan daripada hasil itu pada menjelang PRU-13 yang lalu, 100 peratus daftar pengundi telah bersih daripada pengundi yang memegang kad pengenalan palsu.

'Kad Pengenalan Sabah' ada retorik politik pembangkang pada PRU-13 lalu. Parti yang menjadikan isu kad pengenalan Sabah adalah SAPP iaitu pimpinan Yong Teck Lee. Umumnya diketahui kesemua calon parti itu telahpun kalah teruk semasa pilihan raya tersebut.

Pelaksana pengeluaran kad pengenalan adalah Jabatan Pendaftaran sahaja. Ketua pengarah jabatan itu telah membuat kenyataan bahawa semua rakyat Sabah yang memegang Kad Pengenalan biru pada masa ini merupakan rakyat Sabah. Ini bermakna sebarang usaha atau proses menggantikan kad pengenalan akan mempunyai hasil atau keputusan yang sama

Penggantian kad pengenalan baru bergantung kepada kualiti atau 'cip' yang digunakan. Untuk menggantikan 1.6 juta pemegang kad pengenalan sekurang-kurangnya memerlukan sekurang-kurangnya RM100 juta.

Ini terserah kepada kerajaan, jika mahu menggantikan kad pengenalan yang sedia ada demi memuaskan hati segelintir para pemimpin yang mencurigai para pemegang kad pengenalan yang ada pada masa ini.

Yang pasti, apapun bentuk kad pengenalan yang bakal dikeluarkan, para pemimpin atau pihak-pihak tertentu yang membangkang kerajaan masih tidak akan berpuashati kecuali mereka akan menjadi pentadbir kerajaan.

Ironinya, para pemimpin yang mendesak untuk penggantian kad pengenalan adalah para pemimpin yang telah ditolak rakyat. Mereka seolah-olah sedang memaksa para pemimpin pilihan rakyat untuk mengikut telunjuk mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook