Latest News

Sunday 11 January 2015

Kad Terakhir Datuk Jumat Idris!


EKORAN perjumpaan Kumpulan 8 (Ketua-Ketua Bahagian UMNO Sabah) dengan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO pada Julai 2014 yang lalu, yang diketuai oleh Datuk Jumat Idris selaku Ketua Bahagian UMNO Sepanggar terdedah kepada umum. Kini, hanya Ketua Bahagian Sepanggar itu sahaja yang masih menimbulkan cadangan mereka berkaitan peralihan kuasa kepimpinan UMNO negeri.

Terbaru melalui 'wall facebook' Ketua Bahagian Sepanggar itu menulis bahawa beliau mencadangkan penggantian Pengerusi Perhubungan Negeri daripada Datuk Musa Aman kepada Datuk Shafie Apdal, dengan alasan yang diberikan bahawa Ketua Bahagian Semporna itu merupakan Naib Presiden UMNO.

Jawatan Naib Presiden UMNO, selain Shafie juga Dato Zahid Hamidi dan juga Dato Hishammuddin Hussien.

Daripada ketiga-tiga Naib Presiden itu, tiada yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Persoalannya, apakah Jumat mempunyai kedudukan bagi mencadangkan pelantikan Pengerusi Perhubungan Negeri? Ini kerana sebarang pelantikan adalah di bawah kuasa Presiden Parti.

Sebelum ini, memang tidak berlaku bahawa sebarang pelantikan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri adalah cadangan daripada Ketua-Ketua Bahagian meskipun Presiden meminta pandangan secara tidak langsung daripada pendapat para Ketua Bahagian.

Nampak gayanya, Jumat mahu mendahului keputusan Presiden Parti sedangkan Presiden berulang kali menyatakan, tiada sebarang cadangan atau perbincangan bahawa akan berlaku rombakan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook