Latest News

Wednesday 7 January 2015

KEAHLIAN UMNO

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Masuk ke Sabah secara HARAM pada tahun... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)


UMNO hanya sebuah parti sama seperti dengan parti-parti lain. Parti akan menerima sesiapa sahaja menjadi ahli jika memenuhi persyaratan.

Oleh kerana kad pengenalan saksi RCI W132 merupakan kad pengenalan yang asli, maka UMNO sebagai parti tidak dapat menolaknya. UMNO tiada kuasa mempertikai kad pengenalan seseorang.

UMNO tiada kait mengait bagaimana seseorang itu mendapat kad pengenalan.

Dalam kes saksi RCI 132 yang patut dipersalahkan adalah orang yang memperakukan pemilik kad pengenalan sebagai penduduk di kawasannya. Orang itu tidak lain tidak bukan adalah ketua kampung. 

Pada tahun 1972, Kerajaan Sabah ada meminta Jabatan Pendaftaran Negara memasukkan satu klausa khas untuk Saba, bahawa Surat Sumpah atau surat akuan daripada Ketua Kampung atau Ketua Daerah memadai untuk menggantikan surat kelahiran bagi membolehkan seseorang itu memohon kad pengenalan.

Pada tahun 70-an, didapati 80 peratus penduduk Sabah sukar mendapat kad pengenalan kerana ketiadan surat beranak seperti mana syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendaftaran negara.

Kad pengenalan Saksi RCI 132 ini telah dimasukkan sebagai pemilik kad pengenalan bermasalah oleh Jabatan Pendaftaran Negara. 

Perlu ingat bahawa sesiapa sahaja di dunia ini, boleh memohon sebarang warga negara daripada negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sesebuah negara akan mempertimbangkan permohonan seseorang itu jika memenuhi syarat yang ditetapkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook