Latest News

Tuesday 27 January 2015

Kemajuan dan Stabiliti Sabah Kerana Kepimpinan Musa


RAKYAT Sabah patut bersyukur kerana mempunyai pemimpin seperti Datuk Seri Musa. Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003. Jika dikira tahun tempoh khidmatnya, telah masuk 12 tahun beliau menjawat jawatan itu.

Seperkara lagi berkaitan jawatan Ketua Menteri khusus untuk Sabah, sejak merdeka biasanya jawatan Ketua Menteri akan bertukar dalam tempoh 9 tahun.

Sabah dalam usaha bagi penstabilan politik perlu juga mengambil masa selama 9 tahun bermula pada tahun 1994. Selepas sahaja BN mengambil alih, pemerintahan negeri turut diperkenalkan dengan penggiliran Ketua Menteri yang berakhir pada tahun 2004.

Telah dikenalpasti bahawa Sabah agak perlahan untuk membangun kerana telah beberapa kali negeri itu bertukar kerajaan disamping turut menyebabkan negeri itu mempunyai jumlah penduduk yang miskin serta membawa impak pembangunan yang tidak fokus.

Kini, Sabah selain membangun juga kestabilan politik telah dapat bertapak meskipun ada "riak-riak air dalam cawan" yang berlaku tetapi akhirnya "riak-riak" itu akan lenyap dengan sendirinya.

Musa yang mempunyai latar belakang sebagai penguasaha sangat mengerti apa itu keadaan menang-menang. Oleh sebab itu, jika berlaku "riak-riak" beliau mengambil pendekatan melalui perbincangan untuk mencapai kata sepakat, di mana keadaan menang-menang diguna pakai.

Akibat kebijaksanaan dan pendekatan Musa itu, Sabah semakin bertambah maju begitu juga selari dengan turunnya kadar kemiskinan dan juga jumlah simpanan kewangan negeri meningkat serta bajet pembangunan negeri optimum dan maju.

Kestabilan politik menyebabkan Sabah menerima lebih RM13 bilion pelaburan pada tahun 2013.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook