Latest News

Thursday 22 January 2015

KEMASKINI: BORANG RASMI KERAJAAN MENYENARAIKAN SEMUA SUKU KAUM

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) kita di sabah ni slalu dlm golongan bangsa 'lain-lain'... Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)

DEMI penekanan senarai semua suku kaum etnik di Sabah bagi borang-borang rasmi kerajaan terutama borang Jabatan Pendaftaran negara, telah dipersetujui bahawa satu senarai etnik suku kaum atau suku kaum Sabah akan diserahkan kepada semua jabatan-jabatan kerajaan untuk tujuan kemaskini.

Juga telah dipersetujui, bahawa borang-borang yang dicetak dengan "lain-lain", ruang di mana sebelum ini, pemohon/rakyat atau penduduk perlu menulis suku kaum masing-masing, kini digantikan dengan hanya MENANDA (TICK) ruang-ruang berkenaan sesuai dengan suku kaum pemohon tersebut.

Pada Rabu kelmarin, Kabinet Negeri Sabah telah memutuskan penyenaraian suku-suku kaum pada borang-borang rasmi kerajaan berkuat kuasa serta-merta.

Sabah mengikuti jejak Sarawak yang bertindak serupa pada 17 Januari lalu.

Sebenarnya sekali lagi, di dalam Perlembangaan Malaysia, seluruh Bumiputera Sabah dan Sarawak, disebut sebagai 'bumiputera'. Tahniah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook