Latest News

Monday 12 January 2015

KEMISKINAN SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah telah dicampak ke dalam longkang... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot1) (screenshot2)

PUNCA kemiskinan Sabah berpunca kerana kerapnya bertukar kerajaan. Sejak merdeka lagi, Sabah telah empat kali bertukar kerajaan.

Kerana pertukaran kerajaan, maka polisi juga turut berubah. Perancangan Kerajaan sebelumnya tidak digunapakai, sebaliknya merancang lagi. Sesebuah perancangan tidak boleh dimuktamadkan dalam masa seminggu, bukan hanya melibatkan seorang, akan tetapi berbagai agensi kerajaan, cerdik pandai, malah melibat 'think tank' kerajaan seperti Institut Pembangunan Sabah (IDS).

Masa terbuang hanya kerana merancang. Akan tetapi bagi kerajaan yang stabil, merancang hanya pada awal pemerintahan. Oleh sebab itu, Sabah kini semakin maju kerana berada dalam landasan yang betul menjayakan Hala Tuju Sabah yang diumumkan pada Tahun 2003.

Bohonglah kalau tidak terdapat wakil rakyat yang hanya bertindak "yes boss", kerana wakil rakyat tidak mempunyai idea untuk merancang sebaliknya hanya bergantung kepada para pegawai kerajaan di kawasannya. Apabila pegawai kerajaan juga tidur habis bulan terima gaji, maka di situlah berlaku ketimpangan pembangunan dan kemajuan.

Bagi mengatasi kelompangan ini, dengan itu Ketua Menteri tidak lagi mengenal masa. Bekerja tujuh hari seminggu turun padang dan melihat keadaan kawasan-kawasan yang lambat membangun.

Hasil tindakan Kerajaan Negeri, maka kadar kemiskinan Sabah telah turun ke Paras 8 peratus pada tahun 2012. Simpanan kewangan negeri telah meningkat melepasi RM3 bilion dan bajet tahunan kerajaan negeri telah melampaui RM3 bilion, malah pada tahun 2013 dan 2014 telah melepasi RM4 bilion.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook