Latest News

Thursday 22 January 2015

KENYATAAN TUN DR MAHATHIR BENAR!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PERKASA merupakan ahli UMNO. BIKIN PANAS bah ni.. Oleh FB Page Bikin panas bah... (screenshot)

PERKASA hanya ditubuhkan selepas PRU-12, tepatnya pada tahun 2008. Munculnya pertubuhan itu apabila kaum Melayu di Semenanjung telah terlihat tergugat oleh kaum-kaum lain. 

Kaum-kaum lain di Semenanjung mempersoal kedudukan Melayu/bumiputera dan atas sebab itu Perkasa telah ditubuhkan. Tindakan melampau pihak-pihak tertentu terpaksa dijawab dengan tindakan yang sama. Setuju?

Bagi bumiputera Sabah dan Sarawak, pada awal penubuhan Perkasa sebenarnya terbela tetapi Presiden petubuhan itu, mula menyeleweng tujuan asal apabila memasukkan unsur-unsur agama dalam pertubuhan tersebut. Beliau terlupa bahawa bumiputera Sabah dan Sarawak itu, tidak semua Islam akan tetapi pelbagai agama dan suku kaum.

Di Semenanjung jika pertubuhan itu berperanan berkaitan Islam adalah boleh diterima kerana Melayu di sana adalah penganut Islam. Namun, apabila dikembangkan ke Sabah dan Sarawak, ianya tidak sesuai!

Tidak dinafikan, ramai Melayu yang menyokong pertubuhan itu adalah juga ahli Umno sendiri dan juga tidak semestinya Melayu yang menyokong adalah ahli Umno, kerana ramai juga sebagai penyokong PKR, PAS dan parti-parti lain.

Perkasa adalah NGO melayu/bumiputera dimana penyokongnya adalah merentasi parti.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook