TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Pengakuan Tun M Pemberian IC Kepada PTI... Oleh FB Page Suara Keadilan Sabah (screenshot)
ASALKAN sesebuah negara itu merupakan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), maka sesiapa orang asing atau orang tidak bernegara memohon kerakyatan daripada negara yang diduduki dan apabila memenuhi pensyaratan, maka orang itu diberikan kerakyatan.
Di Malaysia, syarat pertama selepas negara merdeka adalah seseorang itu atau kumpulan individu perlulah tinggal di Malaysia sekurang-kurangnya 10 tahun, mampu berbahasa melayu atau bahasa tempatan atau sukuan (suku kaum) dan tiada rekod jenayah.
Semua itu adalah menurut undang-undang negara. Apakah itu di namakan Projek IC?
"Projek IC" dalam takrifan Laporan RCI (PATI) Sabah adalah kad pengenalan yang dikeluarkan oleh satu sindiket yang melibatkan orang-orang tentu dalam Jabatan Pendaftaran negara kerana didorong oleh faktor wang.
0 comments:
Post a Comment