Latest News

Wednesday 21 January 2015

KESILAPAN WAKIL RAKYAT?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) UMNO-BN di ambang kehancuran... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

OLEH kerana tiada permohonan daripada wakil rakyat; maka jalan seumpama ini masih terdapat di perkampungan yang terpencil.

Jika wakil rakyat bertindak mengemukakan keperluan jalan kepada Pegawai Daerah, maka pihak pejabat daerah dapat menyenaraikan bersama-sama kos anggaran ke Jabatan Pembangunan Negeri. Dan kemudiannya, jabatan itu akan memanjangkan permohonan itu kepada agensi pelaksana.

Menilai akan keluhan orang kampung Kabindong, ada kemungkinan Kampung ini berada di Perbatasan antara Ranau dan Kota belud. Kemungkinan besar, antara wakil rakyat Kota Belud dan Ranau saling berharap antara satu sama lain sehingga jalan kampung Kabindong tersebut terlepas pandang.

ANTI FITNAH SABAH akan menandakan masalah rakyat kampung tersebut kepada Wakil Rakyat Kota Belud dan Ranau, dan diharapkan dalam masa terdekat hal ini segera diambil tindakan yang sewajarnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook