Latest News

Thursday 15 January 2015

KURANG ARIF ASAS PEMBENTUKAN MALAYSIA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Puak-puak Malaya dan Pro Malaysia tetap... Oleh Fb Page The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)

ULASAN beberapa individu dalam 'caption' tersebut menggambarkan mereka sebenarnya kurang tahu asas pembentukan Malaysia. Mereka hanya melihat fakta masa kini dan dibaca pada hari ini. Sebenarnya sejarah bukanlah demikian. Sejarah tidak boleh diinterprestasi atau diubah pengertiannya kerana sejarah adalah sejarah.

Semasa pembentukan Malaysia, atas sebab itulah Sabah ada Perkara 20 dan Sarawak ada Perkara 18. Antara perkara-perkara itu adalah Imigresen dan Pelajaran terutamanya.

Oleh kerana Malaya lebih dahulu merdeka, maka sistem pelajarannya lebih awal membangun. Disebabkan itu, para pelajar Sabah dan Sarawak dikirim ke Semenanjung untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang termasuk perguruan.

Malaya bertanggungjawab memberi pelajaran kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang terbelakang dalam semua bidang semasa awal pembentukan negara pada masa itu.

Selain itu, tujuan untuk menghantar para pelajar Sabah dan Sarawak ke Malaya adalah dalam rangka intergrasi nasional. Pada masa sama, guru-guru daripada Malaya dihantar ke Sabah dan Sarawak sementara menunggu para pelajar dua negeri itu tamat belajar untuk mengambil alih tempat para guru daripada Malaya. Hubungan ini adalah hubungan timbal balik agar mempercepat intergrasi kebangsaan.

Semasa pembentukan Negara, isu minyak belum timbul kerana minyak hanya diterokai pada tahun 1974, sedangkan Pembentukan Negara adalah pada 16 September 1963. Jelas?

Masalah yang dibincang atau diulas di Facebook itu sebenarnya masalah biasa yang pernah berlaku bagi dua (2) wilayah yang dipisahkan oleh Laut China Selatan yang berjarak lebih 1,600 km. Sedangkan di negeri-negeri di Semenanjung, meskipun soal tanah, masalah bahasa juga timbul serta masalah kemajuan antara negeri di sana turut mengalami tidak sama rata. Selangor dan Pulau Pinang adalah negeri yang kaya, manakala Kelantan dan Terengganu pula adalah negeri yang miskin.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook