Latest News

Friday 23 January 2015

KURANG FAHAM BERKAITAN GST

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KERAJAAN PUSAT/MALAYA mahu GST... Oleh Fb Page 1 Suara Sabah (screenshot)

GOODS SERVICES AND TAX (GST) sebenarnya bukan bergantung kepada pendapatan negara, akan tetapi GST lebih melihat kepada disposal income- pendapatan yang dibelanjakan.  

Pengurangan pendapatan negara adalah kerana faktor penurunan harga minyak, yang secara tidak langsung memberi impak kepada pendapatan isi rumah. Oleh itu, ketua keluarga yang mempunyai pendapatan RM1,000 sebulan misalnya, akan tetap mempunyai pendapatan sedemikian.

Tiada tindakan penurunan gaji baik daripada sektor awam mahupun swasta, dalam erti kata lain pendapatan yang digunakan untuk keperluan harian akan tetap sama dan tidak berubah.

GST sebenarnya percukaian yang menyuluruh, dengan kadar 6 peratus. Melalui GST tidak ada lagi cukai berganda seperti dalam SST. Seharusnya, melalui GST harga barangan akan turun kerana percukaian hanya berlaku pada satu "titik point". Oleh kerana kekurang fahaman berkaitan GST, maka mereka yang bukan pakar pun seperti Patrick Sindu bercakap mengenainya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook