Latest News

Thursday 29 January 2015

MAHU MEREBUT KUASA: Itu Yang Belum Puas Hati!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Selesaikan punca rakyat Sabah,S'wak... Oleh FB Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia (screenshot)

SEBENARNYA, isu yang dikatakan ada rakyat Sabah yang tidak berpuas hati adalah berkaitan dengan merebut kuasa atau ingin memerintah Sabah.

Suara-suara yang tidak berpuas hati, kononnya sebagai nasionalis sebenarnya terdiri daripada orang-orang politik yang mahu merebut kuasa.

Perkara apa yang tidak puas hati? Sehingga kini, mereka-mereka itu gagal memperincikan perkara apa yang mereka tidak berpuas hati.

Adakah hak-hak rakyat Sabah dicabuli? Atau hak-hak individu yang dicabuli?

Mereka kadangkala bercakap perkara-perkara diluar hak mereka dan diluar kuasa mereka. Contohnya seperti soal minyak, perkara itu bukanlah hak individu akan tetapi hak kerajaan yang memerintah.

Bercakap berselindung kepada istilah nasionalis dan tidak berpuas hati, sebenarnya hanya satu gimik dan retorik.

Darrel Leiking, kononnya akan mengusulkan pembentukan Jawatankuasa Mengkaji Perjanjian Malaysia 1963 pada sesi Parlimen akan datang. Jika usul itu diterima, ertinya para pemimpin sendiri mencurigai atau tidak percaya kepada kemajuan atau pencapaian negara ini sejak 52 tahun lalu.

Jangan terperangkap dengan mainan politik kerana mereka itu mencari helah agar rakyat saling curiga-mencurigai dan apabila berlaku, maka mereka akan lepas tangan. Akhirnya, kerajaan juga yang terpaksa menanganinya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook