Latest News

Tuesday 20 January 2015

MALAYSIA BUKAN DALAM KEADAAN GAWAT - NAJIB


MALAYSIA bukan dalam keadaan gawat atau krisis seperti yang pernah dialami pada tahun 1997, 1998 dan 2009; kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, strategi-strategi yang digariskan dalam perutusan khas tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara yang diumumkan pada Selasa lalu adalah langkah proaktif dan penyesuaian berikutan faktor ekonomi luaran yang diluar kawalan kerajaan.
"Kita bukan dalam keadaan gawat atau krisis seperti pada tahun-tahun 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej rangsangan perlu dilaksanakan," katanya.
Sehubungan dengan itu, kata Perdana Menteri Malaysia; perbelanjaan pembangunan berjumlah RM48.5 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2015, tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.
Bagaimanapun, perbelanjaan mengurus dijangka akan dikurangkan sebanyak RM5.5 bilion dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.
Najib berkata demikian dalam perutusan khas tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook