Latest News

Thursday 15 January 2015

Mengapa Berlaku Percakaran Antara Pemimpin BN?


PERCAKARAN antara pemimpin bukan sahaja menghilangkan sokongan daripada rakyat, akan tetapi turut melemahkan parti.

Parti yang kuat adalah apabila para pemimpin bersatu. Jika pemimpin bergerak dalam satu pasukan, maka rakyat akan menyandarkan kepentingan mereka kepada parti berserta pemimpinnya.

Tindakan Datuk Jumat Idris hanya melemahkan parti, sekaligus meminta rakyat untuk tidak menyokong parti.

Demikian juga tindakan Datuk Dr Maximus Ongkili, yang mendakwa tiadanya perkongsian kuasa dalam BN. Dakwaan itu boleh menjadi katalis penolakan rakyat kepada BN.

Kenyataan Jumat dan Maximus, seharusnya tidak timbul kerana dakwan mereka tiada justifikasi.

Jumat dilihat hanya mahu memperjuangkan kehendak sendiri kerana, umum mengetahui bahawa beliau adalah seorang 'kaki projek'. Sebanyak manapun Projek yang beliau dapat, namun ianya tidak akan mencukupi, kerana 'lifestyle' MP Sepanggar itu berbeza daripada yang lain. Hal ini kerana, beliau gemar menggunakan wang untuk tujuan spekulasi bukan di pasaran saham, akan tetapi pada permainan yang dikawal oleh program komputer.

Manakala Maximus pula membuat kenyataan bukan berasas kepada kenyataan. Akan tetapi, lebih kepada kenyataan emosi dan retorik, sehingga beliau lupa betapa parti lain berkorban demi pemimpin PBS. Sedangkan pada PRU-13 lalu, parti itu mengalami  kekalahan yang paling ramai di kalangan parti komponen.

Yakinlah, semakin kerap para pemimpin BN mengeluarkan kenyataan yang berbaur ketidakadilan, maka semakin terhakislah sokongan rakyat kepada BN.

Seharusnya, para pemimpin BN berkerja ke hadapan, 'move forward' dalam memperbaiki kesilapan masa lalu agar supaya diberi kepercayaan daripada rakyat.

Keadaan kucar kacir, tidak akan dapat menggamit sokongan daripada rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook