Latest News

Wednesday 14 January 2015

MENGHINA ISLAM

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) WITH SUCH A SYCOPHANT, SABAH IS DOOMED Oleh Web Malaysia Chronicle (screenshot)

'TWEET' peguam kebebasan dan pemimpin PKR Eric Paulsen yang menghina islam, dengan menuduh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) sebuah agensi agama islam di bawah Jabatan Perdana Menteri penyebar kepada tindakan ekstrem setiap Jumaat, telah menyebabkan dia ditangkap melalui Akta Hasutan 1948.

Rahman, melihat 'tweet' Eric adalah tindakan seseorang yang berpura-pura tidak tahu berkaitan kedudukan agama di negara ini. Beliau menggambarkan bahawa, setiap Jumaat JAKIM menggalakkan tindakan ekstrem setiap Jumaat kerana jabatan itulah yang menyediakan teks khutbah jumaat.

Ekoran tindakan Eric itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Johari Baharom mendedahkan lebih 100 khutbah Jumaat, tiada satupun daripada Khutbah itu berisi penggalakan ekstreme, malah 100 peratus mengajar manusia dan rakyat untuk bersatu padu dan mengekalkan keharmonian antara kaum serta pentingnya hubungan kemanusian.

Rahman sedih kerana seorang bijak pandai seperti Eric Paulsen, boleh terperangkap dengan tindakan cetek, fikiran sempit, dan langsung tidak menggambarkan ciri-ciri sebagai seorang yang berpendidikan.

MP Kota Belud itu juga menarik perhatian rakyat, tiada seorangpun bukan islam negara ini memprotes atau melakukan rusuhan hanya kerana khutbah Jumaat.

Eric Paulsen, bercakap diluar pemikiran manusia biasa yang cintakan keamanan dan keharmonian. Sebaliknya, kenyataannya merupakan kenyataan seorang manusia yang tidak bertamadun.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook