Latest News

Wednesday 28 January 2015

MEREKA BUKAN NASIONALIS TETAPI AHLI POLITIK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah lawmaker to push for special committee to review Malaysia Agreement... Oleh Blog Sabah Sarawak Keluar Malaysia (screenshot)

MP Penampang dipetik sebagai berkata, beliau akan mengusulkan  pembentukan satu Jawatankuasa mengkaji Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada sesi Parlimen akan datang. Usul/cadangan yang serupa pernah beliau cadangkan pada sesi Parlimen dua tahun lalu, akan tetapi usul itu ditolak oleh Speaker kerana bukan perkara mendesak.

Darrel Leiking membangkitkan isu pembentukan jawatankuasa bagi mengulas kenyataan Peguam Negara berhubungan dengan Perkara 20 baru-baru ini.

MP Penampang itu, mendakwa bahawa isu perpisahan oleh orang-orang tertentu di Sabah dan Sarawak sebagai nasionalis sebenarnya kurang tepat kerana mereka-mereka itu sebenarnya adalah ahli-ahli politik yang mempergunakan sentimen kenegerian sebabnya itu sahaja modal mereka. Mereka hanya bermodalkan hujung jari dan air liur, sambil menyalahgunakan dunia siber.

Mereka-mereka ini, tidak mampu berdepan dengan rakyat kerana mereka tiada alternatif kepada usaha-usaha kerajaan hari ini.

Hujah mereka berhubungan dengan MA63 amat cetek hanya mewar-warkan perkara remeh yang bukanpun dasar yang diamalkan.

Hanya mereka yang menginterpretasi keadaan lebih setengah abad lalu menilai pada masa kini sehingga melupakan semua ranjau-ranjau yang ditempuhi oleh pemimpin terdahulu untuk sampai ke masa sekarang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook