Latest News

Monday 26 January 2015

MUSA DAPAT SOKONGAN MAJORITI PENGUNDI SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SELITA KADAI KUPI: … Oleh FB Alfred Chong (screenshot)

SEMUA pemimpin menerima hakikat bahawa tiada sokongan 100 peratus. Dalam sistem demokrasi, menang dengan lebih satu undipun dikira sudah menang.

Musa adalah Pengerusi Umno Sabah. Kedudukan beliau adalah sama taraf dengan presiden parti-parti komponen jika dilihat daripada segi tangga hirarki parti. Pencapaian seseorang ketua parti adalah berapa peratuskah pencapaian kemenangan dalam pilihanraya itu dinilai.

Pada PRU-13, hanya satu kerusi DUN yang ditandingi oleh Umno kalah; itupun di kawasan Janang Gayuh majoriti suku kaum Bisaya daripada Datuk Lajim Haji Ukin, seorang mantan pemimpin Umno yang telah keluar daripada parti.

Pada PRU-13 juga memperlihatkan, kawasan Sepanggar yang bukan kerusi Umno menang bergaya.

Pada PRU-13, Bn Sabah kehilangan 11 Kerusi DUN dan 2 Kerusi Parlimen, sebagai tambahan kepada kerusi yang gagal ditawan pada PRU sebelumnya, lebih banyak disebabkan oleh faktor-faktor pemilihan calon yang tidak tepat, masalah isu pembakaran kitab Injil dan kalimah Allah. Sementara di kawasan Cina pula, kaum itu telah lama menyokong DAP yakni sama ada kalah atau menang.

Jika diambil contoh di kawasan DUM Kedamaian, Kota Belud, calon yang dikemukan oleh Bn sebenarnya langsung tidak lagi mendapat tempat dihati pengundi begitu juga dengan calon DUN Tamparuli berikutan pengundi telah menolak kerana sifat calon itu sendiri semasa menjadi ADUN. Sementara bagi DUN Inanam pula disebabkan sabotaj daripada mantan wakil rakyat kawasan itu. Bagi Parlimen Sandakan pula, disebabkan isu percakaran dalam parti itu menyebabkan sabotaj antara satu sama lain wujud! Manakala di Parlimen Penampang, pengundi kawasan itu memang menolak kepimpinan Tan Sri Bernard Dompok. 

Ini bermakna kekalahan calon-calon Bn pada PRU-13 adalah sama sekali bukan terletak kepada Musa selaku Pengerusi Bn Negeri tetapi terletak kepada faktor-faktor tertentu dan setempat.

Dakwaan pemilik facebook dipercayai palsu (Alfred Chung), di mana kalau dilihat daripada posting-postingnya adalah pembela dan penyokong kepada Datuk Jumat Idris yang mana ini hanyalah merupakan dakwaan, bukannya penyebab kepada kekalahan beberapa calon Bn itu sendiri pada PRU-13.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook