Latest News

Wednesday 7 January 2015

ORDINAN TANAH SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rampasan tanah adat di Kg Mapat Beluran... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MELALUI ORDINAN SABAH  Tahun 1961, semua tanah di sabah telah digazetkan untuk kegunaan tertentu termasuklah kawasan perkampungan, tadahan air atau hutan simpan.

Menurut Ordinan Tanah, tiada sesiapapun boleh dilucutkannya kecuali menurut undang-undang DAN juga tiada suatu undang-undang boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Apa yang berlaku di Sabah adalah pencerobohan tanah kerajaan atau hutan simpan yang tidak digazetkan sebagai kawasan penempatan. Sebaliknya, rakyat menceroboh kawasan-kawasan itu dengan bercucuk tanam atau berkebun lalu menuntut sebagai kawasan Tanah Adat.

Oleh kerana kerajaan mendapati banyak sangat tanah-tanah kerajaan diceroboh maka kerajaan memperkenalkan geran komunal. Melalui geran ini, tanah yang diceroboh itu dibenarkan dimiliki akan tetapi melalui undang-undang geran komunal.  Geran komunal bertujuan untuk mengelak tanah itu dijual.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook