Latest News

Sunday 4 January 2015

PANAS: Identiti SSKM Terbongkar!!


SSKM/SSU(UK) mengunakan satu ID=100002693101385 atas nama Christe (J Jokinol), Doris Jones dan Marie Calistus.

Pergerakan SSKM sebenarnya adalah pergerakan haram. Ini berikutan tiada sebarang mandat atau power of attorney (POA) untuk mewakili Sabah dan Sarawak dalam membuat sebarang tuntutan.

Tanpa POA, International Court of  Justice (ICJ) akan menolak 100 peratus pendakwaan terhadap Malaysia.

SSKM tidak mempunyai 'locus standi' yang telah disahkan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dan Mahkamah Tinggi Borneo (Sabah dan Sarawak).

SSKM tidak berdaftar di Malaysia dan beroperasi secara haram dan melanggar perundangan antarabangsa di mana SSU(UK) tidak mendapat kebenaran khas bagi aktiviti petisyen di Malaysia.

SSKM/SSU(UK) tidak ada sebarang kebenaran atau arahan bertulis daripada ICJ/PBB pun untuk membenarkan petisyen di buat di Sabah dan sarawak yang bertujuan untuk pendakwaan.

Adalah sah bahawa tindakan SSKM/SSU(UK) adalah satu tindakan penipuan dan pembohongan dan semua tindakan ini didalangi oleh pihak-pihak tertentu  yang bertujuan untuk memperbodohkan rakyat Sabah dan Sarawak seolah-olah pergerakan itu adalah pergerakan rasmi!

SSKM/SSU(UK) yang disokong oleh UBF (United Borneo Front) pimpinan Dr Jeffery G Kitingan, sebenarnya merupakan dalang dibelakang SSKM/SSU(UK). Sebenarnya, penggerak utama adalah seseorang yang bernama J Jokinol yang menjadikan nama Doris jones sebagai perisai atas kepercayaan bahawa seorang wanita boleh mencapai hasrat mereka.

Terpulang dengan anda semua sama ada ingin percaya atau tidak...."sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!"
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook