TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Banyak lagi fakta sejarah gagasan Malaysia... Oleh FB page The future of Sabah/Sarawak the Federation of Malayasia (screenshot)
PARTI ITU HANYA MEMBACA DOKUMEN SEJARAH DAN MENTERJEMAHKAN PADA HARI INI, TIADA KEBENARAN DAKWAAN PARTI ITU. SEMUANYA HANYA DOLAK DALIK DAN PUTAR BELIT.
Perkara
20 bagi Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak adalah satu dokumen
pra-pembentukan Persekutuan Malaysia. Ertinya dokumen-dokumen tersebut
merupakan satu kehendak pengasas pembentukan Persekutuan dan
selama-lamanya perlu dihormati. Melalui dokumen itu sendiri, menunjukkan
bahawa tindakan "perpisahan" tidak dibenarkan, jika hal tersebut berlaku ertinya
hasrat pengasas kemerdekaan daripada Sabah dan Sarawak tidak dihormati.
Sebenarnya
Sabah hanya merdeka pada 16 September 1963, hal yang demikian kerana Gabenor terakhir
British Sir William Goode hanya meninggalkan Sabah pada tengah malam 15
September 1963.
Memang
benar Perjanjian Pembentukan Malaysia (Malaysia Agreement) ditandatangi
di London pada 9 Julai 1963 bersama-sama Kerajaan United Kingdom,
Persekutuan Malaya, North Borneo, Sarawak dan Singapura. Semasa
menandatangani perjanjian itu, Sabah diwakili oleh Tun Fuad Stephens,
Tun Datu Mustapha Harun, WKH Jones, Datuk Khoo Siak Chiew, Colonial
State Secretary Stephen Holley dan Datuk G.S. Sundang. Dalam perjanjian
itu, Perjanjian Malaysia 1963 mengandungi 11 Perkara (artikel) dan
berkuatkuasa pada 16 September 1963.
Perkara
20 dan 18, merupakan sebahagian daripada dokumen
yang diguna pakai dalam merumuskan 11 Perkara yang dijadikan sebagai
Perlembagaan Malaysia 1963.
Jika
sekiranya terdapat perkara-perkara yang termaktub dalam perlembangaan,
itu merupakan salah satu sebab kenapa kuasa negeri terhakis, puncanya daripada
tindakan negeri itu sendiri. Sebagai contoh, Sabah pada tahun 1973
telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri berhubungan dengan agama,
dan menggantikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi kepada Bahasa
Melayu. Penghakisan kuasa itu bukan disebabkan oleh rakan kongsi-
Malaya. Akan tetapi, disebabkan oleh rakyat Sabah itu sendiri melalui para wakil rakyat
negeri tersebut.
Apa
yang dipersoalkan sekarang adalah kenapa berlakunya perubahan istilah pada
tahun 1976, apabila mengkategorikan Sabah dan Sarawak setaraf dengan 11
negeri-negeri lain di Malaya dan mengguna pakai bahawa Hari Kemerdekaan
adalah jatuh pada 31 Ogos 1957 disesuaikan dengan Kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu dan Singapura.
Setakat
ini, tiada sebarang dokumen yang menerangkan bahawa DUN Sabah dan
Sarawak telah bersetuju dengan perubahan istilah itu. Keadaan inilah
yang dipersoalkan oleh mereka-mereka yang anti kepada Persekutuan Malaysia.
Mereka-mereka ini menuduh Malaya sebagai dalang kepada perubahan
itu, kerana semasa perubahan itu dilakukan negara masih dalam
keadaan darurat yang telah diisytiharkan berkaitan peristiwa
13 Mei 1969 belum ditarik balik.
0 comments:
Post a Comment