Latest News

Monday 19 January 2015

PARTI TEMPATAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sokong Pati yang berasal dari Sarawak dan tidak menyokong... Oleh FB James Ligunjang (screenshot)
(ii) Perkasa dan kerajaan pusat marah betul dengan... Oleh Fb Page 1 Suara Sabah (screenshot)
(iii) Klasifikasi baru Bumiputera Sarawak dalam borang... Oleh FB Jaymie Jaimye (screenshot)
(iv) Isi borang jabatan mana pun di Sabah Sarawak... Oleh Fb Page The VOICE of Borneo (screenshot)

SEBENARNYA parti daripada Semenanjung, khas yang menganggotai Barisan Nasional (BN) sebelum tahun 1991 tidak pernah masuk ke Sabah atau Sarawak. Sebab musababnya adalah BN tidak mahu menganggu-gugat persefahaman dan perkongsian kuasa yang sudah terjalin antara parti-parti tempatan dan parti-parti komponen BN yang ada di Semenanjung.

Namun, parti pembangkang seperti DAP sudah lama masuk ke dua (2) buah negeri itu.

Seruan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem agar rakyat Sarawak jangan menyokong parti-parti luar adalah tepat untuk Sarawak kerana parti-parti tempatan terdiri daripada parti-parti yang senantiasa setia kepada konsep perkongsian kuasa, tidak memihak dan menganaktirikan kaum-kaum etnik lain.

Di Sabahpun adalah demikian sebelum tahun 1990. Sejak merdeka, Sabah hanya mempunyai parti-parti tempatan.

Disebabkan parti tempatan USNO memberi laluan kepada UMNO pada tahun 1991 dan membubarkan parti itu dan sekaligus semua ahlinya menjadi ahli Umno. Maka, dengan kata lain Umno Sabah adalah sebahagian besar ahlinya adalah ahli Usno. Jika melihat bayang-bayang Tun Mustapha Datu Harun, maka pandanglah kepada Umno.

Parti Umno tidak akan masuk Sabah tanpa permintaan Usno demikian juga di Sarawak, Umno tidak akan masuk selagi tiada permintaan daripada parti PBB.

Sementara kemasukan parti-parti komponen lain seperti MCA, Gerakan dan MIC adalah kerana ada permintaan daripada kaum-kaum itu di Sabah. Kaum Cina dan India mahu bergabung dengan parti kebangsaan yang mereka nampak sebagai 'perahu besar'. Alasan inilah yang digunapakai oleh Pengasas Usno, beliau mahu ahli-ahli Usno menyertai kapal yang lebih besar yakni Umno.

Sebenanya, apapun permintaan daripada pihak dari manapun, rakyatlah yang menentukan semuanya kerana parti yang menang adalah yang bakal dipilih semasa pilihanraya. Rakyat tahu, parti mana yang boleh membela nasib mereka!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook