Latest News

Sunday 11 January 2015

Pasca Laporan RCI: Lim Kit Siang Berdolak-Dalik Lagi!


LIM KIT SIANG, macam tidak FAHAM apa itu TINDAKAN drastik yang digunakan oleh Kerajaan Sabah sebaik sahaja Laporan RCI (PATI) Sabah diumumkan pada 3 Disember 2014 yang lalu.

Kerajaan Sabah telah memutuskan bahawa MEMBURU DAN MENGHANTAR PULANG PATI adalah tindakan drastik yang diambil dengan serta-merta.

Kerajaan negeri melalui Jawatan Kuasa Keselamatan Dalam Negeri (JKKN) hujung tahun lalu telah memulakan operasi besar-besaran dan bersepadu memburu dan menangkap PATI di Sandakan dan kemudian di Lahad Datu serta disusuli di semua daerah di Sabah termasuk ibu negeri, Kota Kinabalu.

Telah beratus orang PATI berjaya ditangkap dan kini ditempatkan di beberapa penampungan sementera, sebelum di hantar pulang ke negara masing-masing.

Angka tepat jumlah PATI yang berjaya ditangkap akan diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan dalam masa terdekat.

Lim Kit Siang ke Sabah hanya tahu membidas dan membuat pelbagai aneka dakwaan terhadap Pengerusi Pengurusan Pasca Laporan RCI (PATI) iaitu Tan Sri Pairin Kitingan agar supaya Timbalan Ketua Menteri itu tidak dapat menumpukan kepada kerja-kerja yang diamanahkan kepada beliau. Please respect our Sabahan leader and RESPECT OUR MATTERS!

Kit Siang, semua orang tahu dia hanya tahu berdolik-dalik, ber'retorik' dan mencuba menjadi hero atau juara berkaitan PATI. Tolonglah sedar diri tu...

Apa yang malang, mengapa hanya pada masa ini sahaja MP Gelang Patah itu memberi perhatian berkaitan PATI? Mengapa sebelum ini tidak bercakap pun? Perbuatan Pemimpin Veteran DAP itu, hanya cuba menumpang sekaki tindakan orang lain. Juga, tindakan bapa kepada Lim Guan Eng itu, mahu mendapat nama seperti "sapi punya susu, lembu dapat nama".  

Tolonglah Kit Siang, HORMAT ORANG SABAH PUNYA MASALAH DAN BIAR ORANG SABAH SAHAJA YANG SELESAIKAN SENDIRI!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook