Latest News

Thursday 8 January 2015

PATI SABAH TERUS DIBURU


KERAJAAN terus memburu PATI. Sebagai bukti betapa seriusnya kes ini, kerajaan berusaha sehabis-habisnya berusaha untuk membenteras PATI. Di Mahkamah Kota Kinabalu pada Isnin lalu 3 warga Filipina yang didapati menggunakan IMM13 palsu dihukum penjara selama 4 bulan. Selepas sahaja mereka menjalankan hukuman, mereka serta-merta akan dihantar pulang ke negara asal mereka. 

Di mahkamah yang sama, 26 PATI juga dihukum 4 bulan penjara kerana memasuki negeri tanpa dokumen yang sah.

Berikutan tindakan kerajaan yang mahu mencapai sifar PATI, kerjasama daripada rakyat amatlah diperlukan. 

Rakyat negeri tidak seharusnya berperanan sebagai pelindung PATI dengan memberikan mereka pekerjaan ataupun tempat berteduh.

Hanya melalui kerjasama semua pihak, Sabah akan mencapai sifar PATI.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook