TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Graduan Universiti Sabah... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)
JUMLAH keseluruhan guru-guru di Sabah daripada sekolah rendah ke menengah adalah seramai 38,000 guru. Manakala sebahagian guru-guru daripada Semenanjung adalah 3,800 guru. Ini bermakna hanya 10 peratus sahaja dari jumlah keseluruhan.
CARTA yang dirujuk
adalah carta yang tidak tepat dan salah kerana dengan mudah mengira peratusan
(3,800/38,000 kali 100%) Maka dapatlah 10 peratus, bukan?
Gambar rajah carta itu sengaja disensasikan dengan tujuan jahat dan berbaur fitnah.
Sistem
pendidikan negara mempunyai garis panduan yang telah ditetapkan. Kombinasi tenaga pengajar
adalah untuk bertujuan kecemerlangan kerana daripada pelbagai kajian dibuat menunjukkan
suatu populasi yang monogen adalah lebih rendah pencapaiannya berbanding
dengan heterogen.
Pakar-pakar pendidik
mengakui kombinasi pelbagai latar belakang dalam sistem pendidikan
adalah modal untuk mencapai kecemerlangan.
Antara
penyebab mengapa di kawasan-kawasan pedalaman mempunyai kurang mutu pendidikan kerana kebanyakan sekolah diajar secara homogen iaitu tiada kombinasi
tenaga pengajar dari seluruh tempat.
0 comments:
Post a Comment