Latest News

Monday 5 January 2015

PEMBALAKAN HARAM

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 70% kegiatan pembalakkan di Sabah adalah... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

MEMANG diakui sendiri oleh Pengarah Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan bahawa secara keseluruhannya di seluruh Sabah sejumlah 40,000 hektar dicerobohi oleh pembalak haram.

Jabatan Hutan hanya mengetahui perihal pembalakan itu berlaku setelah kayu-kayu yang ditebang tersebut dikeluarkan daripada hutan. 

Oleh kerana pemotongan dilakukan secara haram, maka Jabatan Hutan menyita dan melelong kayu-kayu itu.

Pembalak haram dengan jabatan hutan adalah seperti kucing dan tikus. Kekangan atau halangan bagi jabatan itu adalah menjaga keluasan yang luas sehingga kadang-kadang menyebabkan pembalak haram memanfaatkan kekangan tersebut iaitu masalah kekurangan jumlah kakitangan bagi menjaga dan mengawasi kawasan tersebut.

Ketua Menteri Sabah berulang kali memerintahkan Jabatan Hutan agar memerangi pembalakan haram secara habis-habisan.

Lesen pembalakan sudah dibekukan sejak Musa menjadi Ketua Menteri. Jadi tidak timbul bahawa pembalakan haram didalangi oleh beliau.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook