PUNCA Pembentukan Persekutuan Malaysia bermula apabila pada 27 Mei 1961 di Singapura, Perdana Menteri Malaya Tunku Abdul Rahman Al-Haj mencadangkan idea itu.
Idea
atau gagasan itulah yang merupakan satu detik penting yang membawa
perkembangan parti politik di Sabah. Selian itu, Kemerdekaan Malaya pada
31 Ogos 1957 juga merupakan satu katalis kepada penubuhan parti-parti
di Sabah.
Lanjutan
daripada gagasan penubuhan Malaysia maka menjadi pelancar kepada
kesedaran politik dan menyebabkan muncul-munculnya parti-parti politik
di Sabah dan matalamat parti-parti itu adalah untuk Sabah merdeka.
Secara
faktanya gagasan penubuhan Malaysia dikemukakan oleh Tunku dalam
persidangan dengan persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara
bertempat di Hotel Adelphi, Singapura.
Menurut Tunku melalui cara penubuhan Malaysia, maka mempercepat kemerdekaan Borneo Utara (North Borneo), Sarawak dan Brunei.
Matalamat kedua penubuhan itu, agar supaya kekuatan ekonomi di semua wilayah itu akan signifikan kepada rantu ini.
Disamping itu, melalui penubuhan satu negara baru, ianya boleh membendung resapan komunis di wilayah-wilayah berkaitan.
Peranan Parti Politik Sabah ke Arah Kemerdekaan Sabah
United National Kadazan Organization (UNKO)
Parti
United Kadazan Organization (UNKO) merupakan parti pertama di tubuhkan
di Sabah Parti ini di anggotai oleh kaum Kadazan dan kumpulan Kristian
lain seperti Rungus dan Murut. Antara tokoh-tokoh penting UNKO, selain
Donald Stephens ialah seperti Peter Mojuntin, Herman Luping, Ganie
Gilong dan G.S Sundang.
Rancangan
untuk menubuhkan parti UNKO ini mula di fikirkan pada 26 Mac 1961. UNKO
di tubuhkan berasaskan penyatuan pertubuhan-pertubuhan sosial dan
kebudayaan orang Kadazan di seluruh Sabah untuk membentuk satu
pertubuhan politik. Proses pembentukannya telah di pesatkan lagi apabila
pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan di Singapura cadangan
gagasan Malaysia.
Rentetan
daripada pengumuman gagasan Malaysia ini, Persatuan Sosiobudaya Kadazan
telah mengadakan satu Kongres Persatuan di rumah kediaman Donald
Stephens. Dalam kongrses tersebut satu resolusi telah di luluskan bagi
menubuhkan satu lembaga pusat untuk menyelaraskan semua kerja-kerja
Persatuan Kadazan di Sabah. Kongres telah mengambil keputusan untuk
menamakan Lembaga Pusat itu sebagai The United National Kadazan
Organization (UNKO). Pertubuhan ini merupakan parti politik suku Kadazan
yang berpusat di pantai barat Sabah yang di tubuhkan pada bulan Ogos
1961 yang di pengerusikan oleh Donald Stephen iaitu seorang ahli
perniagaan peranakan Australia-Kadazan dari Jesselton (Kota
Kinabalu).Beliau adalah saudagar balak (timber magnate) dan juga
terkenal sebagai pengarang akhbar North Borneo News and Sabah
Times.(kemudiannya di kenali sebagai Sabah Times). Kekayaan hasil
konsesi balak yang di perolehi daripada penjajah British,telah
membolehkan menampung perbelanjaan kegiatan parti politik UNKO .Melalui
pengelibatan beliau sebagai pengarang akhbar North Borneo News and Sabah
Times telah memudahkan penyampai pandangan UNKO mengenai politik Sabah
dan Malaysia secara lebih berkesan.
Pada
awal penubuhan UNKO, ia mendapat sokongan terbesar daripada kalangan
orang-orang Kadazan/Dusun Pantai Barat, terutamanya dari Penampang dan
Papar. Kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa kerja adalah terdiri daripada
mereka yang beragama Kristian.Pada awal penubuhannya, UNKO hanya membuka
keahliannya kepada orang-orang Kadazan/Dusun termasuklah orang Dusun
dan Sino-Kadazan. Donald Stephens percaya dengan jumlah penduduk
Kadazan/Dusun seramai 167,367 (32 % dari jumlah penduduk Sabah) pada
tahun 1960 sudah cukup bagi UNKO untuk berdiri dengan teguh sebagai
sebuah parti politik dan boleh menjadi dominan partner dalam sebarang
penggabungan parti politik lain yang wujud di Sabah.
Saingan Parti UNKO
Namun
apabila parti United Sabah Nation Organization (USNO) wujud dengan
dasarnya yang membuka keahlian kepada semua kaum bumiputera di Sabah
sama ada beragama Islam atau tidak telah menyebabkan kedudukan parti
UNKO tergugat. Dasar USNO yang membuka keahliannya kepada semua kaum ini
telah menarik ramai sokongan orang-orang Dusun yang tidak setuju dengan
penggunaan istilah Kadazan sepertimana dasar perjuangan UNKO telah
menyertai parti USNO. Golongan Dusun khuatir dengan kedudukan mereka
dalam UNKO memandangkan mereka kurang maju dalam pelajaran dan ekonomi
akan mudah di dominasikan oleh orang-orang Kadazan Penampang yang sedia
lebih berpelajaran dan lebih berada berbanding orang-orang Dusun. Ini
terbukti apabila mereka menyaksikan keahlian parti politik UNKO banyak
di kuasai oleh orang Kadazan Penampang.
Menurut
Donald Stephens, matlamat utama penubuhan UNKO ialah untuk
menyatupadukan rakyat Kadazan/Dusun dan Murut supaya mereka pada
akhirnya berkerjasama dan bersatu dengan etnik-etnik yang lain untuk
memajukan serta membangunkan negeri Sabah. Selain itu, tujuan penubuhan
UNKO juga adalah untuk memperkuatkan perhubungan di antara orang-orang
Kadazan/Dusun agar mereka dapat memperjuangkan satu cita-cita dan satu
matlamat dalam politik, ekonomi, dan sosial, di samping menggesa
kerajaan British supaya tidak mengabaikan hak-hak bumiputera Sabah,
terutamanya orang-orang Kadazan/Dusun.Ia juga bertujuan untuk
menggalakkan semangat orang-orang Kadazan/Dusun supaya bersatu dan tidak
mudah mengalah kepada orang-orang lain, agar terus hidup dalam suasana
kegembiraan, keharmonian dan kesederhanaan..
Penyebab United Sabah National Organization (USNO) Ditubuhkan
Kemunculan
UNKO telah menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan penduduk bumiputera
Islam di Sabah. Oleh itu, bumiputera Islam telah menubuhkan parti
politik mereka sendiri,iaitu United Sabah National Organization(USNO)
yang mewakili cita-cita dan objektif komuniti Melayu Muslim di Sabah .Ia
di lancarkan di Kudat oleh Tun Datu Mustapha pada 23 Disember 1961,
empat bulan selepas penubuhan UNKO.
Sebenarnya
kewujudan parti USNO ini adalah hasil daripada kesedaran orang-orang
Melayu Islam terutamanya Datu Mustapha Harun dan pemimpin-pemimpin Islam
Sabah yang bergiat dalam berbagai persatuan Islam.
Kebanyakan
pemimpin persatuan Islam tersebut menjadi pemimpin dalam parti USNO. Di
antara mereka yang menjadi pengasasnya ialah Datuk Hj.Zakaria Gunn,
Datuk Ahmad Mahmud, Hj.Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Datuk
Hj. Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Datuk Othman Hj.Sidik dan Datu
K.M Edinin.
Pemimpin
utama Persatuan Islam Putatan, Allahyarham Datuk Hj. Abu Bakar Titingan
adalah Timbalan Presiden USNO yang pertama. Pemimpin-pemimpin Islam ini
telah berjaya menggabungkan persatuan-persatuan sosial dan Islam
seluruh Sabah di bawah naungan satu parti politik.
Sejak
awal penubuhan parti USNO ini, ia telah di pimpin oleh Datu Mustapha
Datu Harun yang merupakan seorang pemimpin bumiputera tempatan yang
sangat kuat pengaruhnya di kalangan orang Islam Sabah sejak awal tahun
1950-an. Sebelum penerajui kepimpinan parti USNO, beliau pernah memegang
jawatan sebagai Ketua Anak Negeri Gred Satu yang membawa gelaran Orang
Kaya-kaya dan di lantik menjadi ahli Majlis Perundangan Sabah pada tahun
1955.
Pada
24 Disember 1961, Datu Mustapha menggariskan cogan kata Parti iaitu
Bersatu, Bersedia, Berkhidmat kearah mencapai kemerdekaan melalui
Malaysia. USNO sejak awal lagi menyokong gagasan Malaysia kerana ia
dapat menjamin perkembangan ekonomi dan kestabilan politik Sabah. Malah
pembentukan ini mampu menyekat perkembangan komunis di Sabah.
Datu
Mustapha adalah pemimpin pertama Sabah yang menyokong agama Islam di
jadikan agama rasmi Sabah dan begitu juga Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi. Dasar ini ketara bertentangan dengan dasar UNKO dan inilah yang
menyebabkan kontroversi antara dua parti ini. Namun kedua-dua parti ini
bersatu menjelang penubuhan Malaysia.
United National Pasok-Momugun Organization (PASOK-MOMUGUN)
PASOK-MOMUGUN
di anggotai oleh suku-suku bumiputera dari kawasan pedalaman Sabah.
O.K.K. Sedomon dan O.K.K. Sundang iaitu dua orang adik-beradik telah
memimpin parti ini sejak ia di tubuhkan. Orang Murut berasa bimbang
bahawa kemungkinan mereka akan ketinggalan dalam arus perubahan yang
pesat di Sabah berbanding dengan orang Kadazan dan Melayu Muslim. Oleh
itu, G.S.Sundang keluar dari UNKO dan menubuhkan United National Pasok
Momugun Organization (Pasok Momugun) pada 4 Januari 1962 bersama-sama
dengan Orang Kaya-Kaya Sedomon. Perkataan Pasok Momogun dalam bahasa
Dusun membawa maksud People Of the Country,tetapi ia di anggotai oleh
kebanyakan kaum Murut dan Dusun di Sabah .Pasok Momogun di tubuhkan oleh
golongan Bumiputera Sabah yang tidak setuju dengan USNO yang menyokong
gagasan Malaysia dan penggunaan “Kadazan” oleh UNKO.
Tujuan
parti ini di tubuhkan adalah untuk melindungi hak kaum Bumiputera di
kawasan pedalaman dan di sokong oleh segelintir orang Cina yang bimbang
tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai Malaysia. Misalnya,
Khoo Siak Chiew, seorang tauke Cina dari Sandakan menyuarakan
kebimbangan mengenai Sabah akan di jajah oleh Tanah Melayu sekiranya
Sabah tidak di beri hak berkerajaan sendiri terlebih dahulu.
Pada
peringkat awalnya, orang Cina menggunakan orang Murut sebagai alat
untuk menentang penubuhan Malaysia.Tauke-tauke Cina seperti Peter Chin
dari Kota Kinabalu dan Khoo Siak Chiew dari Sandakan memberi sokongan
kewangan kepada orang Murut untuk menubuhkan parti politik. Sebuah
laporan di buat bahawa pada tahun 1962, United Party telah menyumbang
wang sebanyak $250,000 kepada Pasok Momogun.
Pada
dasarnya, Pasok Momogun juga menentang penubuhan Malaysia kerana
kebimbangan terhadap dominasi Melayu Islam. Selain itu juga,parti ini
mahukan Sabah mencapai kemajuan dan kemerdekaan sendiri sebelum
menyertai sebarang persekutuan. Namun, walau bagaimanapun akhirnya Peter
Chin dan Khoo Siak Chiew menerima pembentukan gagasan Malaysia apabila
mereka sedar bahawa gagasan itu pasti akan menjadi kenyataan.
Setelah
itu, bantuan kewangan kepada Posok-Momogun pun dihentikan dan
G.S.Sundang di tinggalkan dengan sikap anti Malaysianya. Selepas itu,
pengaruh Pasok-Momogun pun semakin merosot dengan beberapa kehadiran
parti Cina dan parti Cina tersebut telah mula bergerak kearah
berkerjasama dengan UNKO dan USNO.
Setelah melihat perkembangan itu, akhirnya G.S. Sundang akhirnya terpaksa akur lalu mempertimbangkan semula gagasan Malaysia.
Akhirnya,
pada November 1962, Pasok Momogun menyertai Parti Perikatan Sabah
sebagai salah satu komponen parti yang menyokong Malaysia. Kemudian
Pasok Momogun telah bergabung dengan UNKO pada Jun 1964 membentuk United
Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO).
Adalah
dapat di lihat bahawa penubuhan Pasok Momogun ini berkait rapat dengan
gagasan Malaysia dan akhirnya menjadi satu parti yang terdapat dalam
Parti Perikatan Sabah.
Parti Politik Cina
Orang cina juga telah mula mencari idea terbaik untuk melindungi kepentingan komunitinya di Sabah.
Timbul
kebimbangan di kalangan orang Cina bahawa pembentukan gagasan Malaysia
ini bukan sahaja menggugat peluang ekonomi mereka, malah orang Cina juga
beranggapan ia akan membawa dominasi politik orang Melayu dan
menjejaskan kedudukan bahasa Cina dan pendidikan mereka di Sabah.
Muncul
dua aliran reaksi orang Cina di Sabah terhadap pembentukan gagasan
Malaysia. Pertama, di satu pihak mereka inginkan sebuah pertubuhan
politik, manakala di satu pihak lagi mereka inginkan sebuah badan bukan
politik untuk memperjuangkan kepentingan mereka di Sabah.
Akhirnya,
orang Cina yang inginkan pertubuhan politik telah menubuhkan parti
politik mereka pada tahun 1962. Pada awal tahun 1962, terdapat dua buah
parti Cina iaitu North Borneo Democratic Party (NBDP) yang di bentuk di
Kota Kinabalu yang di pimpin oleh Peter Chin dan United Party (UP) yang
di bentuk di Sandakan pada Febuari 1962 yang di pimpin oleh Khoo Siak
Chiew. United Party ini di sertai oleh peniaga-peniaga kaya dari
golongan Hakka dan Teochew yang berpendidikan Inggeris serta sebilangan
kecil golongan profesional.NBDP pula mewakili peniaga dan pedagang
sederhana dari golongan Hokkien dan Hakka yang kebanyakan daripada
mereka berpendidikan Cina.
Kedua-dua
parti Cina ini inginkan Sabah mencapai kerajaan sendiri terlebih dahulu
sebelum menyertai Malaysia. UP berpendapat bahawa penubuhan Malaysia
adalah perkembangan yang terlalu awal bagi Sabah. Sementara NBDP
menuntut taraf berkerajaan sendiri,tidak ada bahasa atau agama
rasmi,bahasa Inggeris terus di kekalkan,hubungan rapat dengan Tanah
Melayu dan Singapura mesti di jalankan secara beransur-ansur serta
hendaklah di tentukan taraf orang Cina kacukan Dusun (Sino-Dusun) di
Sabah.
Jika
dibandingkan parti ini dengan UNKO dan USNO parti ini kecil yang
memperjuangkan kepentingan dan masa depan komunitinya di Sabah.
Penubuhan dua buah parti ini semakin penting memandangkan sejak tahun
1960, komuniti Cina telah menguasai 32 lesen kayu balak dan 90% ekonomi
Sabah juga berada pada tangan orang Cina.Maka kepentingan ekonomi mereka
di Sabah perlu lah di lindungi.
Menjelang
pilihanraya tempatan pertama di Sabah, pada Febuari 1962, wakil-wakil
Malayan Chinese Association (MCA) dari Tanah Melayu telah melawat Sabah
dan berjaya memujuk kedua-dua buah parti ini untuk membentuk gabungan
bagi mewakili komuniti Cina dalam pilihanraya yang akan di adakan di
Sabah .Di bawah pimpinan Dr.Lim Swee Aun, MCA berjaya menyatukan
kedua-dua parti tersebut untuk membentuk Borneo Utara National
Party(BUNAP) pada 12 Oktober 1962.
Pada
masa yang sama juga, MCA berjaya mengurangkan kebimbangan orang Cina
tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai dan ini sekali gus
mempengaruhi mereka untuk berkerjasama dengan kaum lain dalam proses
Sabah menghadapi pilihanraya dan mencapai kemerdekaan. Menjelang tahun
1962, parti ini mengumumkan penerimaan gagasan Malaysia dan bersedia
untuk berkerjasama dengan parti-parti yang menyokong gagasan Malaysia
dan ini sekali gus telah membawa kepada penyertaan BUNAP dalam parti
Perikatan Sabah.
Apabila
Sabah menyertai Malaysia dan namanya ditukar daripada Borneo Utara
kepada Sabah ,iaitu pada 16 Sept. 1963, nama BUNAP ditukar kepada Sabah
National Party (SANAP).
Perikatan Sabah
Parti
perikatan Sabah di anggotai oleh UNKO,USNO,SANAP dan PM. Penubuhan
Perikatan ini adalah atas intensif dan usaha pemimpin-pemimpin politik
Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu bagi mewujudkan satu perpadun untuk
menyokong penubuhan gagasan Malaysia.
Pada
awal penubuhan perikatan ini (1962-1967) masih wujud perbezaan pendapat
dan asas antara parti yang menganggotai perikatan ini. Persengketaan
dan perbezaan pendapat ini jelas kelihatan terutamanya antara parti UNKO
dan USNO.Namun disebabkan oleh beberapa perkara akibat ancaman Filipina
yang menuntut Sabah dan Konfrontasi Indonesia, persengketaan ini
terpaksa di lupakan demi kepentingan dan kemerdekaan Sabah.
Pemimpin
seperti Datu Mustapha, Donald Stephens, G.S.Sundang dan Khoo Siak Chiew
telah bersama-sama menyatakan bahawa penduduk Sabah adalah bersaudara
dan mereka harus berkerjasama untuk mewujudkan sebuah negeri yang
makmur. Namun ia tidak dapat bertahan lama kerana terpaksa tunduk kepada
kehendak masing-masing yang sentiasa wujud curiga mencurigai yang
kurang percaya kepada parti-parti lain dalam komponen.
Walaupun
berada dalam satu perikatan yang sama, namun masih wujud unsur
perkauman dalam menyokong calon parti.USNO penyokongnya terdiri daripada
Melayu-Muslim,UNKO disokong oleh Kadazan/Dusun dan Sino-Kadazan ,SANAP
disokong oleh Cina manakala Pasok Momogun disokong oleh masyarakat Dusun
dan Murut di Pedalaman.
Kerajaan Perikatan Sabah
Pada
awal penubuhannya, asas penubuhan parti adalah tidak kukuh dan
terburu-buru bagi menyokong penubuhan gagasan Malaysia. Di sebabkan hal
ini, setiap parti yang ada dalam perikatan ini masih memperjuangkan hak
kaum masing-masing. Dalam tiap-tiap parti ini masih wujud perasaan
perkauman yang terlalu tebal yang lebih berpihak kepada kepentingan kaum
masing-masing.
Perikatan
telah membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya secara langsung
menerusi ”Residency Electoral Colleges”yang di adakan pada bulan Mac
1963.
Pilihanraya
ini di adakan bertujuan untuk memilih calon menduduki Majlis Dewan
Undangan. Dalam pilihanraya tersebut, USNO menang 8 kerusi,UNKO 5
kerusi, SANAP 4 kerusi dan PM 1 kerusi.
Dalam
kerajaan baru ini British dan semua ahli perikatan bersetuju untuk
memilih Donald Stephens sebagai Ketua Menteri.Kalau di lihat melalui
pemilikan jumlah kerusi,Tun Mustapha lebih layak menjadi Ketua Menteri
tetapi Tun Mustapha mengalah dan memberi peluang kepada Donald Stephens
dan memegang jawatan sebagai Yang Di-pertua Negeri dan nampak lebih adil
untuk mengurangkan ketegangan antara bumiputera Islam dan bukan Islam.
Namun
ada juga mengatakan bahawa Tun salah tanggapan pada jawatan Yang
di-Pertua.Beliau beranggapan bahawa jawatan ini sama seperti Gabenor
pada zaman British.Tetapi sangkaan beliau ini adalah
sebaliknya.Kedudukan beliau sangat terkongkong dalam politik kerana
semua kuasa pentadbiran Sabah di pegang oleh Donald Stephens.Ini
menyebabkan beliau enggan berkerjasama dengan Donald Stephens lalu
melemahkan kedudukan perikatan.
Ketegangan
yang berterusan antara USNO dan UPKO ini telah memberi keuntungan
kepada orang Cina. Hal ini bertambah rumit apabila Kerajaan Pusat campur
tangan dan memaksa Donald Stephens meletak jawatan. Apabila Donald
Stephens meletak jawatan dan memegang Menteri Hal-Ehwal Sabah ,jawatan
Ketua Menteri telah di sandang oleh Peter Lo dari SCA.Parti UPKO berasa
kecewa dengan tindakan USNO/SCA dan Kerajaan Persekutuan kerana mereka
beranggapan bahawa perlantikan Peter Lo ini akan menjadi laluan kepada
Tun Mustapha untuk menjadi Ketua Menteri selepas itu. Ini menyebabkan
UPKO bertindak meminta supaya kemasukan Sabah ke Malaysia di kaji semula
namun di tolak oleh Tunku dan ini menyebabkan Donald Stephens mahu
berkerjasama dengan Singapura untuk menubuhkan Persekutuan 3 S
(Singapura,Sabah,Sarawak). Ini di anggap ancaman kepada Tunku dan
menyebabkan Tunku menekan perikatan Sabah supaya menggugurkan jawatan
pemimpin UPKO ini. Untuk kepentingan penyokong UPKO,Donald Stephens dan
Peter Mojuntin meletak jawatan dan kedudukan UPKO dalam perikatan
semakin lemah.
Pada
bulan Disember 1967, UPKO di bubarkan kerana Donald Stephens merasakan
pengaruh beliau dan UPKO semakin lemah kerana hampir semua rancangan
beliau gagal.Ini di tambah lagi apabila seorang demi seorang ADUN UPKO
melompat parti kerana kedudukan mereka lebih terjamin dan mendapat
keistimewaan.Setelah UPKO di bubarkan,USNO menguasai Sabah semula dan ia
di sambut baik oleh Tunku dan Tun Mustapha.Ekoran dari itu,Donald
Stephens di lantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia.
Dengan
pembubaran UPKO dan ketiadaan Donald Stephens dalam politik Sabah telah
meredahkan suasana ketegangan politik Sabah dan Sabah dapat menumpukan
sepenuhnya perhatian kepada pembangunan negeri Sabah.
Kerjaan Perikatan Pasca Merdeka
Terdapat
banyak kecacatan dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan tahun 1967-1976.
Sungguh pun begitu, pentabiran USNO masih membawa kebaikan kepada negeri
dan rakyat Sabah .Pada era pentadbiran ini,keadaan politik stabil dan
ini memudahkan lagi pembangunan Sabah untuk di jalankan.
Banyak Rancangan-rancangan pembangunan telah berjaya di laksanakan dengan licin disebabkan adanya perpaduan rakyat.
Kerajaan
perikatan pada tempoh ini sentiasa berusaha untuk menggalakkan
perpaduan di kalangan rakyat dan tanamkan semangat cintakan negara
memandangkan terdapat banyak kaum di Sabah yang masing-masing dengan
agama dan budaya tersendiri.
Oleh itu,adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyatupadukan rakyat demi kepentingan pembangunan Sabah.
Antara
langkah yang telah di laksanakan ialah meingiktiraf agama Islam sebagai
agama rasmi manakala Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Sabah yang
bertujuan penyatuan rakyat.
Walaupun USNO bukan parti Islam tetapi parti ini banyak berusaha untuk mengukuhkan dan meluaskan Islam di Sabah.
Di
bawah pentadbiran USNO, agama Islam telah di jadikan agama rasmi negeri
Sabah. Namun walau Islam sebagai agama rasmi negeri,tetapi agama lain
bebas di amalkan.
Bagi
menjayakan rancangan ini, Ketua Menteri telah menubuhkan United Sabah
Islamic Association(USIA) pada bulan Ogos 1969 yang bertujuan untuk
mentadbir Islam dan menyebarkan dakwah Islam di Sabah.
Selain
USIA, Kerajaan USNO juga telah menubuhkan Majlis Ugama Islam Sabah
(MUIS) pada tahun 1971 bagi menguruskan hal-ehwal Islam di Sabah. Namun,
tindakan USNO ini tidak di senangi oleh bumiputera bukan Islam kerana
mereka merasakan bahawa dasar ini tidak harus di laksanakan kerana Sabah
terdiri daripada pelbagai agama.
Dasar-dasar
yang di laksanakan oleh Tun Mustapha tidak berapa di senangi oleh
bumiputera bukan Islam. Akhirnya perpaduan yang di kecapi telah goyah
dan semangat perkauman dan keagamaan semakin menenebal di hati
bumiputera Kristian dan Kadazan di Sabah.
Namun,walau
wujud banyak kontroversi, terdapat juga pembangunan dari segi ekonomi
dan pelajaran bumiputera Sabah. Pada tahun 1969 Yayasan Sabah telah di
tubuhkan yang banyak memberi manfaat kepada bumiputera Sabah.
Walaupun
banyak kontroversi,namun ia tidak lah sampai kepada tahap yang
membimbangkan kerana kedudukan USNO pada waktu itu telah kukuh dan sukar
untuk di tandingi.Walau pun ada cubaan-cubaan untuk menggugat kedudukan
USNO,namun dengan cepat-cepat ia di atasi oleh USNO.Contohnya, Peter
Mojuntin telah menubuhkan Union Of Sabah People (USAP) tetapi ia gagal
di daftarkan kerana penyokong-penyokongnya di ancam dan pemimpinnya pula
begitu mudah di sogok dengan wang.
Penentangan
ke atas pimpinan USNO tidak berdiam begitu sahaja .Kemarahan dan
ketidakpuasan di kalangan rakyat semakin membara di atas dasar-dasar
USNO yang kurang di persetujui.Peluang yang di tunggu telah tiba apabila
BERJAYA di tubuhkan untuk mengembalikan semangat politik rakyat Sabah.
Penubuhan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)
Pembentukan
Parti Bersatu Rakyat Sabah (BERJAYA) dapat di bincangkan berdasarkan
hubungan antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur
pada tahun-tahun akhir pemerintahan Perikatan Sabah.
Pada
era awal pemerintahan Perikatan Sabah, hubungan di antara Kerajaan
Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur adalah sangat baik dan
erat terutama sekali semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri.
Namun, apabila Tun Mustapha sudah menjadi semakin kuat dan terlalu berkuasa, hubungan baik ini semakin renggang.
Tindak-tanduk
Tun Mustapha semakin sukar untuk di kawal dan banyak bercanggah dengan
dasar Kerajaan Pusat pimpinan Tun Abdul Razak.
Banyak
berlaku pembaziran wang, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa yang
telah menyebabkan berlaku pertelagahan peribadi di antara kedua-dua
tokoh Pusat dan Negeri itu.
Pertentangan yang berlaku ini telah menjadi faktor penting yang membawa Kerajaan Pusat untuk menyokong penubuhan BERJAYA.
Dengan
sokongan yang di lakukan oleh Kerajaan Pusat Kuala Lumpur ini, Tun
Mustapha tidak dapat menyekat pertumbuhan parti BERJAYA seperti yang
pernah di lakukan oleh beliau sebelum ini ke atas parti politik yang
lain.
Selain
daripada sokongan daripada Kerajaan Pusat Kuala Lumpur, penubuhan parti
ini juga turut di sokong oleh tokoh-tokoh seperti Abd.Ghafar Baba,
Abd.Rahman Yaacub dan Yang Dipertua Negeri Sabah sendiri iaitu Tun Fuad
juga turut menyokong penubuhan parti ini.
Pada
awal tahun 1975, hubungan antara Kerajaan USNO-SCA dan Kerajaan Barisan
Nasional (BN) menjadi semakin tegang apabila Perdana Menteri, Tun Abdul
Razak, meminta dan menyokong supaya di bentuk satu parti baru yang
lebih berbentuk multi-racial iaitu pelbagai corak bangsa di Sabah untuk
menentang Tun Mustapha dan USNO.
Suatu
keputusan telah di capai untuk membentuk parti BERJAYA, suatu usul yang
cepat dan sebuah parti baru ini telah di bentuk pada 15 Julai 1975.
Pemimpin
yang menerajui parti BERJAYA ini terdiri daripada bekas pemimpin dalam
USNO yang tidak puas hati dan tidak bersefahaman dengan kepimpinan Tun
Mustapha, seperti Datuk Harris Salleh dan Datuk Salleh Sulong, bekas
pemimpin parti UNKO seperti Tun Fuad Stephens dan Datuk Peter Mojuntin,
pemimpin Parti Cina seperti Yap Pak Leong, Chong Thain Vun dan Lim Guan
Sing serta ahli baru yang terdiri daripada sektor persendirian dan
bekerja seperti Datuk Yeh Pao Tzu,Datuk K.Y.Lee, Wong Boon Ping,
Nicholas Fung,Joseph Pairin Kitingan, Wong Yau Ket,Darius Binion,Datuk
Fred Sinidol dan James P.Ongkili.
Apa
yang unik mengenai parti BERJAYA ialah, parti ini merupakan parti
pertama yang betul-betul bersifat multiracial yang di tubuhkan di Sabah
sejak negeri mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963. Ini
dapat di lihat apabila parti ini di terajui oleh pemimpin dari golongan
bumiputera Muslim dan bukan Muslim iaitu terdiri daripada bangsa
Kadazan/Dusun, Bajau ,Suluk, Rungus, Murut,Bisaya, Brunei,Orang Sungai,
Kwijau,Tatana,Tidong dan Kimaragang.
Persatuan-persatuan
Cina juga menyertai parti ini kerana keyakinan mereka kepada parti ini
dalam membangunkan semua bangsa di Sabah dalam melibatkan diri dalam
politik Sabah.
Kemunculan Parti BERJAYA ini telah di sambut baik oleh segenap masyarakat yang cintakan demokrasi.
Hal ini terbukti apabila Parti BERJAYA memenangi pilihanraya negeri dalam bulan April, 1976.
BERJAYA
telah memperolehi 28 kerusi daripada 48 kerusi yang di pertandingkan.
Manakala USNO hanya memperolehi 20 kerusi dan kebanyakan kerusi ini di
perolehi daripada kawasan bumiputera Islam.
Parti
BERJAYA hanya dapat menawan tiga buah kawasan penduduk Islam iaitu
Lahad Datu, Papar dan Kawang.Tetapi memperolehi undi yang terbanyak
daripada orang-orang Kadazan dan Cina.
Parti Penuh Kontraversi - Parti Bersatu Sabah (PBS)
Penubuhan
Parti PBS tidak semudah penumbuhan parti Berjaya. PBS ditubukan Oleh
Joesph Pairin Kitingan, selepas beliau dipecat daripada PBS, kemudian
kawasan yang diwakili beliau Tambunan diturunkan status.
Apabila
dipecat, maka satu pilihanraya kecil diadakan di Tambunan pada tahun
1984. Pairin menang menggunakan lambang bebas mengalahkan calon Berjaya-
Roger Ongkili.
Kejatuhan
Parti Berjaya diambang pintu, dengan menlihat kepada sambutan pengundi
KDM semasa PRK Tambunan. Mengapa kejatuhan Berjaya diambang pintu?
sebabnya Parti itu sebenarnya dari awal-awal lagi disokong oleh kaum
KDM. Dengan melihat sokongan kaum KDM kepada Pairin, dapat diduga bahawa
kejatuhan Berjaya hanya menunggu masa.
Kemenangan
Parti PBS dalam pilihanraya pada tahun 1965 telah memeranjatkan semua
pihak terutamanya parti BERJAYA dan Kerajaan Persekutuan sendiri.
Namun bagi rakyat ia sememangnya telah di duga memandangkan keadaan politik pada masa tersebut yang tidak menentu.
Rakyat sememangnya menunggu kemunculan parti baru yang lebih baik yang mampu mempertimbangkan tentang keperluan dan hak mereka.
Keadaan pergolakan politik pada masa tersebut telah di gunakan sebaik mungkin oleh PBS untuk meraih sokongan daripada rakyat.
Walaupun
wujud 40 hari sebelum pilihanraya berlangsung namun pemimpin-pemimpin
hebat seperti Joseph Pairin Kitingan,Joseph Kurup,Benard Giluk Dompok
serta pemimpin Kadazan yang lain yang berpendidikan tinggi telah
berusaha sekuat-kuatnya untuk menumpaskan parti BERJAYA.
Parti
PBS turut mendapat sokongan kuat daripada orang Kadazan/Dusun yang
tidak puas hati dengan tindakan Datuk Harris yang menarik taraf daerah
Tambunan dan sikap tidak adil Parti BERJAYA dalam mengagihkan kekayaan
kepada penduduk yang kurang berada di bandar dan luar bandar.
Sokongan
padu daripada rakyat ini dapat di lihat apabila PBS memenangi
pilihanraya pada 10 April 1985.Daripada 48 kerusi yang di pertandingkan,
PBS telah memenangi 25 kerusi manakala USNO 16,PASOK 1 dan BERJAYA 6
kerusi.
Kemenangan
ini mengejutkan Kerajaan Persekutuan dan presiden BERJAYA apabila Datuk
Harris kalah di tempat sendiri iaitu di Tenom kepada calon baru PBS
yang tidak terkenal iaitu Encik Kadoh Agundang.
Kemenangan PBS dalam pilihanraya ini membolehkan PBS membentuk kerajaan baru di Sabah.
Datuk
Jospeh Pairin Kitingan sebagai presiden parti telah di lantik sebagai
Ketua Menteri manakala Mark Koding telah di lantik sebagai Timbalan
Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Luar
Bandar.
Selepas kejatuhan parti BERJAYA ini, maka Sabah terdedah semula kepada politik yang bersifat perkauman.
Bumiputera Islam kebanyakannya menyokong perjuangan parti USNO manakala bumiputera bukan Islam menyokong perjuangan PBS.
Namun,
Datuk Joseph Pairin Kitingan menyatakan bahawa parti ini untuk semua
kaum tetapi di sebabkan ia dibentuk oleh pemimpin dari orang
Kadazan/Dusun dan penyokong ramai dari Kadazan/Dusun dan Murut maka ia
kelihatan seperti di kuasai oleh satu kaum sahaja.Tatapi PBS juga
berhasrat untuk menarik sokongan bumiputera Islam dan orang-orang Cina.
Pada
permulaan,PBS kurang mendapat sokongan daripada bumiputera Islam kerana
kurang yakin dengan wakil bumiputera Islam dalam PBS.Wakil tersebut
adalah Encik Nahalan Hj.Damsal dan Puan Ariah Tengku Ahmad.Wakil-wakil
ini tidak di yakini oleh bumiputera Islam kerana Encik Nahalan Hj.Damsal
yang merupakan pengikut ajaran Qadiani manakala Puan Ariah merupakan
saudara baru yang berketurunan Australia. Oleh itu,kesetiaan mereka
terhadap Islam masih di ragui.Tanpa wakil Islam yang berpengaruh dalam
PBS,sokongan Orang Melayu-Muslim tetap kurang.Tetapi sungguh pun
begitu,Datuk Pairin tetap berusaha untuk menjadikan PBS sebagai parti
yang berbilang kaum.
Setelah mengalahkan parti USNO dan BERJAYA, PBS memenangi pilihanraya pada 5 dan 6 Mei 1986 sekali lagi.
Usaha
USNO, Berjaya serta BN untuk menyekat pengaruh PBS tidak berjaya.Dalam
pilihanraya tersebut PBS memenangi 34 kerusi manakala USNO dan Berjaya
masing-masing 12 dan 1 kerusi. Dengan 6 wakil yang di lantik oleh
kerajaan selaras dalam peruntukan Perlembagaan Negeri Sabah, PBS
menguasai 40 daripada 54 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah dan
melayakkan PBS di terima sebagai ahli BN namun kekecohan terus berlaku
sehinggalah PBS keluar dari BN menjelang pilihanraya tahun 1990 dan
menyertai pakatan pembangkang di Semenanjung yang diketuai Tengku
Razalegh Hamzah. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai Tikam belakang.
Ekoran
tikam belakang itu, Usno sebagai anggota BN pusat sama dengan PBS,
menjemput Umno masuk Sabah, dan membubarkan parti itu agar semua ahlinya
memasuki Umno secara enblock.
Lahirlah
anak sulung Umno di Sabah melalui Pilihanraya kecil di Usukan, di mana
Tun Mustapha mewakili Umno menentang calon PBS mantan Pegawai Daerah
Kota Belud Jap Omar. Sepertimana diduga, Tun Mustapha menang mudah,
kerana kawasan Usukan adalah kawasan majoriti islam.
Menjelang
PRN tahun 1994, ramai pemimpin PBS keluar parti antara Yong Teck Lee
dan menubuhkan parti SAPP, Bernard Dompok- PDS, Joseph Kurup- PBRS
bergabung dengan Umno AKAR dan LDP membentuk BN Sabah.
Sebenarnya
punca kejatuhan PBS berpunca pada penubuhan AKAR tahun 1989 apabila
pemimpin PBS seperti Mark Koding, Pandikar Amin Haji Mulia dan Kalakau
Untol menubuhkan parti itu.
Pada
PRN tahun 1994, PBS sebagai kerajaan hanya menang 25 daripada 48 kerusi
DUN Sabah. Di sinilah bermulanya kerajaan BN Sabah yang ditunjangi
Umno, apabila dua ADUN PBS menyertai Umno, iaitu Lajim Ukin ADUN Klias
dan Roben Balang, ADUN Kemabong.
Apa Yang Dapat Disimpulkan
Sebenarnya hanya Usno yang benar-benar berjuang untuk kemerdekaan Sabah dan seterusnya menyokong pembentukan Malaysia.
UNKO meskipun pada akhirnya bersetuju dengan pembentukan Malaysia, akan tetapi bersyarat.
Manakala
kaum cina yang pada mulanya memperalatkan Pasok Momogun untuk menentang
pembentukan Malaysia, akhirnya membuat pusingan U.
Walaupun
pemimpin Pasok Momogun tetap menolak pembentukan Malaysia, akhirnya
akur, kerana parti itu tidak mempunyai sokongan akar umbi di Pendalaman.
Bibit-bibit
penentangan Persekutuan Malaysia, sebenarnya bermula sebelum Sabah
merdeka lagi; bibit-bibit itu diteruskan oleh golongan yang sama,
walaupun Sabah telah merdeka 51 tahun.
Suara-suara
sumbang yang ada berkaitan Persekutuan Malaysia yang diuar-uarkan sejak
akhir-akhir ini, berpunca daripada golongan yang sama.
Pertanyaan, sampai bila ianya akan tamat?
0 comments:
Post a Comment