Latest News

Monday 19 January 2015

PENDAPATAN PURATA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kenyataan yang jelas... Oleh FB Page The future of sabah/sarawak the federation of malaysia (screenshot)

DALAM pengiraan purata pendapatan rakyat, tidak semestinya semua dinilai dalam bentuk "hard cash" atau betul-betul yang berbentuk wang.

Pendapatan tergolong kepada beberapa jenis; ada yang berbentuk "hard cash" dan ada juga yang berbentuk bukan wang.

Pendapatan hasil sendiri seperti bercucuk tanam, menternak dan menangkap ikan dan hasil laut iaitu tidak memerlukan membeli beras, sayur-sayuran, daging dan ikan di kedai adalah juga merupakan satu pendapatan. 

Pihak pengkaji pendapatan rumah tangga rakyat,  terdiri daripada pakar-pakar ekonomi dan elemen-elemen yang digunakan untuk menentukan jumlah pendapatan adalah sesuai dengan keadaan sesebuah keluarga tersebut. Pendekatan pakar-pakar ini tidak digunakan dalam penentuan penerima BR1M, kerana kerajaan melalui pemberian BR1M lebih berminat kepada pendapatan yang berbentuk "hard cash".

Kenyataan MP Kalabakan - Datuk Abdul Ghafur Salleh, bahawa beliau tidak melihat bahawa ketua keluarga rakyat Sabah rata-rata mempunyai pendapatan RM4,000 memang benar, kerana beliau lebih melihat kepada "hard cash" dan bukannya melihat kepada elemen-elemen yang bukan berbentuk "hard cash".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook